Home » » Bahaya Paraben yang Kita Perlu Tahu

Bahaya Paraben yang Kita Perlu Tahu

Dulu, terus terang kak lza cerita, kak lza tak pernah ambil tahu pun pasal paraben. Pernah dengar nama di sebut-sebut, tapi tiada inisiatif langsung nak carigali tentang paraben.
Bila join Shaklee, dok dengar la upline cerita kelebihan losyen Herbal Blend tanpa paraben. 


Losyen pelbagai guna - wajib ada dirumah (tanpa paraben)


Nama pun jual produk kan, selain menjadi pengguna tegar, wajib lah kan ambil tahu kelebihan produk, bahan-bahan dalam produk, barulah senang nak menambat hati dan menyakinkan customer.
First time baca pasal paraben.. terbeliak juga biji mata ni. Banyak sangat keburukannya. Kak lza share dengan semua, mudah-mudahan bermanfaat, dan sama-sama kita cuba hindari produk yang mengandungi paraben.

Apa itu Paraben?

Parabens adalah bahan kimia yang digunakan sebagai pengawet. Ia digunakan untuk melawan bakteria dan kulat. Hampir semua parabens yang digunakan sebagai bahan pengawet adalah buatan manusia dan bukan dari sumber semulajadi.

PARABENS boleh diserap melalui sistem kulit, darah dan penghadaman.Paraben boleh ditemui sebagai methylparaben, ethylparaben, propylparaben, butyparaben, isopropylparaben, yang terdapat dalam alat solek/ kosmetik.

BAHAYA PARABEN
  • Paraben ni menyerupai  hormone dan ia boleh mengganggu fungsi sistem endocrine . Ia boleh menyebabkan kerosakan kepada sistem badan seperti tiroid, ovari, hypothalamus dan juga sistem peranakan lelaki
  • Penghasilan estrogen yang tidak normal akan meransang kanser payudara. Penyerapan paraben boleh mengalakkan penghasilan estrogen yang tidak normal. Ini boleh dijadikan alasan yang cukup besar untuk anda menjauhi produk yang mengandungi paraben
  • Paraben boleh memasuki salur darah walaupun hanya sapuan diatas kulit. Paraben  yang diambil melaui kulit atau sapuan adalah lebih pekat berbanding melalui minuman iaitu sebanyak 10 kali ganda.
  • Sekiranya  mempunyai kulit yang sensitive, paraben akan menyebabkan reaksi allergi dan ruam kulit. Kebanyakkan produk penjagaan kulit mendakwa ia adalah selamat untuk kulit sensitive walaupun mengandungi paraben. Penggunaan paraben dalam kuantiti yang amat rendah, dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan masalah kulit yang serius.

Seriously tak sangka produk berjenama terkenal yang di jual di farmasi pun mempunyai kandungan Paraben. 




Kak lza search lagi pasal paraben, dan terjumpa coretan blog Dr. Zubaidi. Baca lebih details untuk lebih faham, semuanya bergantung kepada diri masing-masing. 

Sedikit atau banyak kandungan paraben, bukan persoalan. Bayangkan yang sedikit dan digunakan setiap hari dan kerap, pasti akan ada kesannya.

Pilihan di tangan kita sebagai pengguna, kita yang memilih, jadi buatlah keputusan yang tepat. Intai-intai produk yang kita guna, bukankah mencegah itu lebih baik daripada merawat.

0 comments:

Catat Ulasan