Ramai yang sedar dan akur kepentingan air masak atau air putih untuk kesihatan, tetapi masih ramai yang mengabaikan pengambilan air putih secukupnya kerana lebih gemar minum minuman manis dan minuman bikarbonat.
Pilihan kegemaran ramai ini antara penyumbang utama masalah kesihatan di Malaysia antaranya masalah kegemukan dan penyakit diabetes.
Saya kongsikan untuk anda, jumlah air putih yang anda perlukan bergantung kepada berat badan anda, iaitu 25kg = 1 liter air.
Jika berat badan anda 50kg, maka 50/25 = 2. Jadi badan anda perlukan 2 liter air sehari.
Air Putih |
Bagaimana anda tahu badan anda mendapat air putih yang secukupnya?
Saya kongsikan untuk anda, jumlah air putih yang anda perlukan bergantung kepada berat badan anda, iaitu 25kg = 1 liter air.
Jika berat badan anda 50kg, maka 50/25 = 2. Jadi badan anda perlukan 2 liter air sehari.
Kepentingan Air Putih
- Diet (kuruskan badan) - air putih tiada kalori, lemak dan gula
- Meningkatkan kesuburan - meningkatkan penghasilan hormon testostoren dan estrogen
- Melancarlan sistem pencernaan - elak sembelit
- Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser
- Kecantikan - elak kulit kusam dan kering
- Tubuh lebih segar dan cergas
- Menyihatkan jantung
- Ubat kepada penyakit strok
Amalan segelas air untuk kesihatan
Segelas air - jadikan amalan |
Ada yang tidak suka minum air kerana faktor, kekerapan ke tandas, hmmm... jika anda diberi pilihan kerap ke tandas atau kerap ke hospital mendapat rawatan, mana satu pilihan anda? Hidup anda hak anda kan?
Sunnah ketika minum air
Jom amalkan |
SID anda yang ceria,
0 comments:
Catat Ulasan