Home » , , » Risiko Serangan Jantung Kerana Perut Buncit

Risiko Serangan Jantung Kerana Perut Buncit

Perut buncit bukan sahaja mengganggu gaya penampilan seseorang individu tetapi bakal mengundang pelbagai risiko penyakit berbahaya yang membawa maut.

Keratan Akhbar 

Risiko Penyakit Jantung


Salah satu daripadanya ialah penyakit Jantung, iaitu penyakit pembunuh yang paling digeruni masyarakat dunia kerana ia boleh menjadi pembunuh senyap dan menyerang pada waktu yang tidak boleh dijangka.

Perut buncit dan obesiti berkait secara langsung dengan tekanan darah tinggi, kadar trigliserida yang tinggi, dan penurunan kolestrol baik, iaitu HDL. Individu yang mengalami obesiti amat mudah terkena serangan jantung biarpun sejarah kesihatan beliau sebelum ini berkeadaan baik.

Serangan Jantung


Kesan Kegemukan Kepada Jantung

  • Kegagalan fungsi jantung mengepam darah secara normal kepada seluruh badan, jantung akan semakin lemah.
  • Penebalan dinding vertikel kiri jantung, yang lama kelamaan memberi kesan kepada kesihatan jantung.
  • Sindrom metabolix iaitu gannguan kepada sistem metabolisme badan yang menyebabkan pengumpulan molekul besar lemak, yang secara tidak langsung menyempitkan saluran arteri dan vena. Kesannya jantung perlu bekerja lebih keras untuk mengepam darah, dan keadaan ini lama-kelamaan akan mengakibatkan serangan jantung berlaku. 
Arteri



Diet Seimbang Menjana Kesihatan


Jika anda mula merasai perubahan fizikal anda ataupun peningkatan berat badan, amatlah disarankan mengambil langkah berjaga-jaga dan mengawalnya dengan kadar segera agar tidak menjurus kepada kemerosotan kesihatan.

Amalkan diet pemakanan seimbang, elakkan pengambilan makanan berkalori tinggi, serta melakukan aktiviti kecergasan. Pengambilan supplemen untuk membantu boleh dijadikan salah satu ikhtiar tetapi pastikan berdaftar dengan KKM dan tidak memudaratkan kesihatan anda.


0 comments:

Catat Ulasan