Home » , , , » Perut Buncit Tanda Suami Bahagia

Perut Buncit Tanda Suami Bahagia

Pernyataan yang sering menjadi alasan bagi lelaki yang berkahwin pada saat di ajukan persoalan tentang perut mereka yang semakin ke depan.

Mungkin benar, suami berbahagia kerana makan minum, pakaian, rumah, anak-anak diuruskan suri hati yang dicintai dengan begitu sempurna, Alhamdulillah.

Perut Buncit


Isteri Penyayang Suami Bahagia

Isteri juga pastinya berbangga kerana dapat membahagiakan suami dikasihi, dan tidak kisah dengan fizikal suami yang semakin membuncit itu. Begitu indah sebuah ikatan yang halal kan? Saling kasih mengasihi, sayang menyayangi, menerima seadanya pasangan anda, di dalam sebuah keluarga yang bahagia.

Six pax lagi seksi kot?


Tetapi AWAS untuk semua, perut buncit bukan petanda seksi, tetapi perut buncit boleh menyumbang kepada pelbagai penyakit berbahaya termasuklah penyakit pembunuh seperti penyakit Jantung.

Penyakit Berbahaya Peragut Kebahagiaan


Usah biarkan perut suami yang semakin membuncit itu, anda perlu ambil langkah segera untuk pencegahan dan mensarankan tips kempiskan perut secara sihat dan berkesan kepada suami anda. Jika di biarkan penyakit berbahaya menyerang suami anda ianya akan mengancam nyawa suami sekaligus meragut kebahagiaan rumahtangga anda.

Tentu sekali sebagai isteri penyayang, anda tidak tega melihat penderitaan suami kerana penyakit-penyakit berbahaya, bukan?

Sakit Jantung


Antara Penyakit Berbahaya Berpunca Daripada Perut Buncit?

  • Penyakit Jantung
  • Stroke
  • Kanser
  • Diabetes
  • Darah tinggi
  • Angin Ahmar
  • Penyakit saluran pernafasan (asma)

Langkah ke arah kempiskan perut


  • Diet seimbang, elakkan makanan berkalori tinggi
  • Bersenam dan gaya hidup sihat
  • Elakkan sembelit
  • Minum air kosong, elakkan minuman bergas atau minuman sejuk
  • Jika inginkan bantuan supplemen pastikan supplemen yang diambil selamat, dan berkesan agar tidak memudaratkan diri suami anda












0 comments:

Catat Ulasan