Home » , » Kempiskan Perut Buncit Agar Suami Selesa

Kempiskan Perut Buncit Agar Suami Selesa

Membaca tajuk ini pasti ramai isteri termasuk saya akan menjuihkan bibir, hati mula berbisik "statement poyos". 

Memang benar tidak semua lelaki memandang saiz luaran isteri untuk terus menyintai dan menyayangi isteri mereka seadanya. Terdapat suami yang tidak kisah isteri berperut buncit, kerana makan minum, anak-anak, serta rumahtangga yang di bina terurus sebaiknya.



Perut Buncit

Sindiran kawan-kawan


Tetapi biasalah kawan-kawan dan orang sekeliling akan mula memerli,"mengandung lagi ke Jemah", "Sihat kau sekarang, laki kau bagi makan apa" . Tidak kurang kawan-kawan suami, "Alhamdulillah semangat bini engkau", atau paling tidak pun memandang kita dengan pandangan lain macam.

Kita tidak perlu hidup untuk mendengar cakap-cakap orang, kita teruskan kehidupan atas pandangan diri sendiri dan sokongan orang-orang kesayangan kita.

Anda selesa dengan perut yang semakin membuncit?

Cuma satu persoalan, adakah anda selesa dengan perut buncit anda? Ini pandangan peribadi saya, saya memang tidak selesa, saya sendiri tidak tega menahan amarah dan hati kecil mula membentak setiap kali kawan-kawan memerli. Itu saya, tetapi mungkin bukan anda.


Sparetyre


Kenapa ramai yang tidak selesa berperut buncit?

  • Perasaan rendah diri mula menebal. (cth : malu untuk mengikut suami menghadiri sebarang majlis yang di adakan oleh Syarikat beliau)
  • Pergerakan mula terbatas (mengah, tercungap-cungap, maklumlah perlu menampung berat perut dan badan yang semakin meningkat)
  • Irihati dan cemburu kerana kebanyakan fesyen pakaian di pasaran, menjurus kepada golongan langsing

Risiko Penyakit Kesan Perut Buncit


Tetapi sesuatu yang perlu saya ingatkan kepada diri sendiri dan sahabat-sahabat kesayangan saya, perut buncit boleh menyumbang pelbagai risiko penyakit berbahaya antaranya ;

Sakit Jantung

  • Penyakit Jantung
  • Stroke
  • Kanser
  • Diabetes
  • Penyakit Hati 

Selesakah Anda?


Masih selesakah anda setelah membaca risiko penyakit yang bakal anda perolehi kesan daripada perut buncit?

Terpulang kepada penerimaan anda, tetapi saya tidak sanggup menghadapi penyakit-penyakit tersebut dan sebaik mungkin cuba untuk mencegah segala penyumbang kepada penyakit tersebut. 

Takut Mati?


Tidak, saya tahu ajal maut ketentuan ilahi, jika doa saya diterima saya ingin pergi di dalam keadaan di mana tidak menghidap yang perlu membuatkan saya terlantar lama di katil, menyusahkan orang-orang kesayangan saya untuk menjaga saya. 

Terlantar Sakit


Bukan kerana bimbang ditinggalkan tetapi tidak sanggup melihat susah payah mereka dan tidak ingin sesekali menjadi beban kepada sesiapa. Mudah-mudahan Allah perkenankan doa saya.

Saranan untuk kempiskan Perut


Bagi yang ingin mendapatkan perut langsing boleh mengikuti tips saya dalam post sebelum ini seperti
Saya amat yakin, jika anda mula bertekad mengempiskan perut dan mengikuti tips yang saya kongsikan suami anda akan semakin selesa. Bagaimana saya tahu? Kerana dulu saya juga seperti anda.




0 comments:

Catat Ulasan