Saya salah seorang Ketua Jabatan(HOD) yang agak terkesan
kerana bakal kehilangan dua pekerja asing yang banyak menabur bakti dan tenaga
membantu saya mengendalikan Jabatan yang saya ketuai.
Mungkin bagi sesetengah orang memandang saya sebagai orang
Malaysia yang terlalu mengagungkan pekerja asing kerana rata-rata rakyat
Malaysia tidak menyenangi kehadiran mereka yang datang mencari rezeki di bumi
bertuah ini.
Anti Pekerja Asing
Ya, tidak saya nafikan terdapatnya pendatang asing yang
melakukan jenayah di Negara ini yang sekaligus menambahkan rasa benci rakyat
Malaysia kepada pekerja asing. Tetapi jika difikir secara rasional, tidak semua
pekerja asing itu jahat. Lihat saja sector pembinaan, perladangan, perkilangan,
malah pembantu kedai makan semuanya dipelopori pekerja asing.
Di mana perginya tenaga kerja dari kalangan rakyat Malaysia?
Hmmm… mungkin sebagai taraf Negara yang meningkat maju, rakyat Malaysia tidak
layak memegang jawatan pekerja am, operator kilang, mahupun buruh binaan. Mungkinkah?
Tepuk dada tanya selera.
Demi Sesuap Nasi
Pengalaman saya bekerja bersama warga asing seperti Myanmar,
Nepal, Bangladesh memaksa saya membuat rumusan sendiri. Pekerja asing tidak
pernah memilih kerja, berilah tugas berat mahupun kotor mereka berbesar hati
melakukannya tanpa rungutan demi sesuap nasi. Sumbangan mereka agak besar untuk
melancarkan semua kerja yang diarahkan.
Jabatan saya misalnya, jika dahulu mempunyai enam pekerja,
dua daripadanya pekerja tempatan, dan selebihnya pekerja asing daripada
Myanmar. Sebelum saya teruskan, saya mohon
maaf andai tulisan ini mengguris hati, tapi ini kebenarannya. Rekod
kedatangan dua pekerja tempatan tadi, amat mendukacitakan. Cuti kecemasan, cuti
sakit adalah sms yang biasa saya terima di pagi Isnin atau Jumaat daripada dua
pekerja saya ini.
Ketua Pilih Kasih
Ikutkan hilang sabar, dan pertimbangan luar kawalan, ingin
sahaja saya memecat mereka lebih awal. Tetapi bila fikirkan mereka rakyat
tempatan sudah pasti sebaik mungkin saya ingin menjaga kebajikan mereka dengan
harapan, mereka boleh membina kerjaya berdasarkan pengalaman di masa hadapan.
Saya HOD yang berat sebelah? Mungkin, kerana terlalu ingin mempertahankan
pekerja tempatan
Kualiti kerja? Sesuatu yang harus dipuji, pekerja asing
lebih teliti dan mengikut prosedur serta arahan yang diberikan. Bukanlah
langsung tidak melakukan kesilapan,tetapi kesilapan biasa yang masih dalam
kawalan. Mungkin juga, mereka bimbang kehilangan pekerjaan atau mungkin takut
dengan saya. Hahahahaha… hanya yang mengenali saya dan pernah berkerja dengan
saya terpaksa wmengakui dalam soal kerja saya agak garang tetapi tetap baik
hati. (masuk lif tekan sendiri)
Desakan Hidup
Kerja kotor, berat dan perlu bekerja lebih masa? Mereka
tidak pernah merungut, malah bagaikan tidak kisah. Saya pula yang mula berasa
kasihan dan tidak sanggup melihat betapa susah payahnya mereka jika
dibandingkan dengan gaji yang mereka terima. Letaklah pekerja tempatan dalam
jabatan saya, saya berani bertaruh paling lama seminggu, lepas tu mula bagi alasan
macam-macam untuk berhenti. Ada juga yang tidak muncul-muncul selepas sehari
bekerja.
Pekerja Tempatan Manja?
Setiap enam bulan, apabila diberikan borang “Worker
Evaluation Performance” oleh Jabatan sumber manusia (HR) sedaya mungkin saya
cuba menyeimbangkan point pekerja asing dan pekerja tempatan agar tidak
menampakkan kera di hutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan. Agar kenaikan
gaji mahupun apa-apa inisiatif yang bakal diberikan syarikat seimbang.
Tetapi
sejauh mana saya mampu mempertahankan mereka, dan ternyata percaturan saya
silap, saya merosakkan mereka. Mereka terus manja, pantang di tegur tentang
kerja, mula merajuk. Kesilapan yang
sudah terlewat untuk saya kesali.
Andai bekas pekerja saya membaca coretan ini, saya mohon
maaf. Walau di mana anda berada saya doakan anda terus maju jaya, kerana saya
yakin kebolehan yang anda miliki untuk berjaya suatu hari nanti.
Erti Sebuah Kehilangan
Terlalu panjang coretan ini, biarpun pada awalnya ingin saya
coretkan betapa saya merasai kehilangan dua pekerja asing di jabatan saya,
hmmm.. pekerja feberet saya. Mereka akan
kembali ke Negara asal, setelah lapan tahun menabur keringat di Malaysia.
Naing Lin Zaw |
Bagaikan hilang kedua-dua belah tangan saya, kerana mereka harapan saya, mereka
pembantu peribadi saya yang hebat , mereka juga sahabat saya yang sentiasa
setia bersama saya, mereka ….. sukar diluahkan betapa rawan hati ini, saat
semakin hampir untuk mereka meninggalkan saya dan Malaysia.
Saya tidak ada kuasa untuk menghalang mahupun tidak
membenarkan mereka pulang ke Negara asal mereka biarpun berat hati saya
menurunkan tandatangan tanda persetujuan mereka menamatkan kontrak dengan syarikat
. Siapa saya untuk mencorak hidup mereka, menghalang mereka berada di samping
keluarga, berumahtangga dan membina kerjaya di Negara asal mereka.
Patah Tumbuh Hilang Berganti
Benar, patah tumbuh hilang berganti, tetapi tidak akan sama,
lima tahun bersama saya mengharungi saat suka duka demi mencari rezeki di bawah
bumbung yang sama. Andai dicoretkan tujuh hari tujuh malam pun belum tentu
boleh saya huraikan jasa mereka satu persatu.
Thant Zin Mynt |
Hanya Allah yang tahu perasaan saya saat ini, coretan ini saya
dedikasikan untuk mereka, Naing Lin Zaw dan Thant Zin Mynt. Saya doakan anda
berdua berjaya dan berbahagia di samping keluarga anda di Myanmar.
Besar harapan saya, agar anda tidak melupakan saya, kenang
yang baik-baik tentang saya, time saya mengamuk sila lupakan, time tu belum
consume B complex, cepat naik angin. Hihihihihi..Anda berdua salah satu
kenangan terindah dalam kerjaya dan hidup saya. Selamat berjaya.
Nota : Walaupun mereka fasih berbahasa melayu, tetapi saya
tahu mereka tidak boleh membaca dengan lancar dan memahami coretan ini. Ini sekadar
luahan hati saya.
SID yang ceria
Lieza 0192432683
Saya plak yg sedih kak..
BalasPadamBest sangat keje ngan dorg..
Memanh bagus sgt dorg keje.. suruhhhhhhh ape pun mereka buat..
Dorang memang terbaik..
Jd translator utk kwn yg lain pun dorg laaa... :'(
hmmm... betul la tu, sampai hari ni akak lom dapat replacement... pengalaman bukan boleh di beli....
BalasPadam