Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Hari ini, 16 Sept 2014, "Hari Malaysia" seluruh Malaysia bercuti meraikannya, ada yang meluangkan masa bersama keluarga, bercuti di kampung, dan ada yang membawa anak-anak beriadah. Orang bujang mungkin menggunakan peluang sebaik mungkin untuk merehatkan badan di rumah.

Tetapi saya... berada di MiRC Kajang, Jalan Sentral 1 mengikuti kelas Disini Lahirnya Sebuah Blog.

Anak-anak ditinggalkan bersama suami tersayang, alhamdulillah mereka tidak merungut dan bersyukur restu suami mengiringi saya di sini.

Persoalan yang sering singgah di benak hati semua orang ialah apa, mengapa dan kenapa membawa saya hadir ke sini, dan jawapannya begitu sukar untuk saya rungkai.

Apa yang saya tahu kehadiran saya bukan semata-mata kerana Shaklee, perasaan teruja saya yang sukar di kawal iaitu ingin mendekati insan-insan hebat yang sentiasa siap sedia berkongsi ilmu, berkenalan dengan rakan SID lain, dan yang paling utama mencari 'sesuatu' yang sukar saya ungkap dengan penulisan.

SEO / Cintai Blog / STPM


(Babah Faiz dan Mama Ainul)



Facebook Algorithm membuat ramai peniaga online mengeluh, tetapi kita tidak boleh menolak hak Facebook, pilihan yang peniaga online ada sekarang ini ialah "blog"

Bila bercerita mengenai blog, pasti ramai blogger yang ingin mencapai hits post tertinggi, blog berada di page pertama google. Di sini la keywords (SEO) memainkan peranan, tapi bukan itu yang mendorong pembaca terus menerokai blog kita. Teknik penulisan juga penting, jangan sesekali copy paste dan yang selalu ditekankan tulislah dari hati, kerana di hati lahirnya sebuah CINTA.

S - SEO
T - Teknik Menulis
P - Promosi
M - Money

Perkongsian Master Cinta


Tiga perkara yang ditekankan oleh Tuan Lizan

Hargai Ilmu

Sedikit atau banyak ilmu yang anda perolehi hargailah ia sebaik mungkin,  kerana di situlah keberkatan sebenar sesuatu ilmu yang kita perolehi.



Rajinkan membaca, membuat penelitian pelbagai jurnal, kenali produk, gali dalam-dalam produk yang kita fokus. Jadikan kita Master Produk, dan jika ada sebarang viral tersebar kita tidak akan terus melatah.

Dalam bisness, produk menggerakkan bisness bukan bisness menggerakkan produk, keyakinan pada produk yang selamat, semulajadi dan berkesan.


Jangan Mudah putus Asa

Di dalam kehidupan kita, tidak semua yang menyayangi mahupun menyukai kita, mungkin ada yang membenci tanpa kita sedari. Teruskan berkongsi kebaikan, ilmu, mahupun pengalaman sendiri tanpa perlu menafikan hak mereka untuk memilih.



Amalan Kerohanian

Segala usaha perlu di iringi doa, mudah-mudahan Allah menggerakkan hati mereka membeli dan menyokong bisness Shaklee anda. Pertingkatkan amalan sunat dalam ibadah dan perbanyakkan bersedekah.


Roh Dalam Blog

(Tuan Naja)

Penulisan dengan jiwa, tarik emosi pembaca untuk terus membaca blog kita seolah-olah blog kita hidup untuk bercerita. SEO, isi kandungan dan promosi penting untuk mendapat hits yang tinggi.



Gunakan istilah mahupun ayat yang boleh menyentuh tangkai hati pengguna, letakkan diri kita sebagai pengguna. Jika rasa blur kurang idea, banyakkan membaca blog-blog lain yang berpengaruh. Insha Allah akan membantu.


Semoga bermanfaat untuk semua,

Pengedar Shaklee yang Ceria

Lieza 0192432683

FB : Lieza Zainal






Siapa Saya

Sesi perkenalan bermula, nama saya Liza, bakal berusia 35 tahun penghujung tahun ini, isteri kepada seorang suami yang sempoi, iaitu Zamri Bin Abdul Hamid.

My Hero


Perkahwinan kami dikurniakan empat cahayamata, tiga puteri dan seorang putera. Anak dara yang sulung berusia 12 tahun dan anak yang bongsu iaitu satu-satunya putera berusia lebih dua tahun yang masih menyusu badan. Alhamdulillah.


Anak-anak

Saya bekerja di dalam sektor logistik dan pergudangan, mungkin agak janggal bagi sesetengah wanita seperti saya menceburi bidang ini. Huhuhuhu... saya pun sedikit confuse, belajar IT tetapi bekerja dalam bidang yang jauh panggang dari api. Apapun, kerjaya ini bagaikan sudah sebati dengan saya, maklumlah hampir 12 tahun di dalam kerjaya ini, dah kira macam otailah.

Sektor Pergudangan


Saya penggemar novel cinta, tapi sejak melahirkan Ariq Zafreel dan mula berkecimpung dalam keluarga besar Shaklee semua novel cinta sekadar menghuni rak buku. Kini, saya mula bercinta dengan blog dan Shaklee, semoga istiqamah dan seutuh cinta saya pada keluarga.

Antara koleksi novel cinta


Salam perkenalan

Pengedar Shaklee yang ceria,

Lieza 0192432683

FB Lieza Zainal
















Aktiviti Hujung Minggu

Cuti hujung minggu, adalah hari cuti yang sebaik mungkin ingin saya manfaatkan bersama keluarga tercinta. Kekangan masa bersama anak-anak kerana tuntutan kerja membuat saya sering terlepas momen-momen indah perkara pertama anak-anak saya. Tetapi saya sedar, masa yang berlalu tidak akan berulang, hanya cuba menggantikan dengan menghabiskan cuti hujung minggu bersama.

Aktiviti Dalam Rumah


Hari minggu saya bersama keluarga hanya sesekali dipenuhi dengan aktiviti luar rumah, biasanya dipenuhi dengan aktiviti dalam rumah seperti pertandingan origami, kraftangan, mewarna, teka teki, menonton DVD, dan sesekali aktiviti memasak kuih.

Ini aktiviti paling baru, en. suami pun layan


Riadah Luar Rumah


Jika cuaca mengizinkan barulah membawa anak-anak riadah petang seperti bermain badminton di Lake Valley Bandar Tun Hussien Onn, berbasikal di Tasik Permaisuri, jogging di Taman Botani Putrajaya, bermain layang-layang di Putrajaya atau memancing di Dengkil (ini saya tak ikut... boring).

Bagi makan ikan di Lake Valley memang aktiviti wajib anak-anak bila di sana

Memasak Menu Pilihan


Siakap Stim, salah satu menu hujung minggu
Sesuatu  yang wajib bagi saya pada hujung minggu adalah memasak makanan kegemaran anak-anak dan suami. Kadang-kadang hingga lima jenis lauk terhidang, yelah tiga anak dara dah pandai memilih menu sendiri, campur menu suami, dan menu si hero yang berasaskan sup.


Ada ketikanya hanya perlu dua menu sahaja kerana adakalanya mereka mempunyai pendapat yang sama dalam memilih menu mingguan. Saya memang suka memasak, tidak kira apa jenis masakan dan pengkritik utama tentunya suami saya. Suka tidak bermakna saya pandai memasak, masih lagi dalam proses belajar memasak untuk memenuhi selera keluarga.



Sebaran Ilmu


 Hujung minggu juga, adakalanya saya akan menghadiri kelas-kelas yang berkaitan dengan Shaklee seperti kelas blog, motivasi dan bimbingan untuk saya kenal, cinta dan kongsi segala-galanya tentang Shaklee.

Saya suka mendengar, melihat, dan mendekati orang-orang yang hebat dalam Shaklee. Saya sebenarnya ingin menyedut aura positif mereka, dalam masa yang sama membina asas keyakinan yang lebih kukuh dalam diri saya sendiri sebelum mengorak langkah yang lebih jauh. InshaAllah.



Shaklee Effect 3R - Master Norita (14/09/2014)

Salam sayang,

Pengedar Shaklee anda yang ceria,

Lieza 0192432683







Tips Memilih Bendi

Mungkin ada yang belum tahu cara atau tips untuk memilih bendi yang muda dah masih segar untuk masakan. Di sini saya kongsikan tips nya berdasarkan petua yang disampaikan oleh ibu kepada sahabat saya.





Kebetulan esok saya merancang untuk memasak Asam Pedas Ikan Parang, bendi salah satu bahan wajib untuk saya, jadi terus jer snap gambar, kongsikan dengan semua.

1) Pilih bendi yang comel-comel, yang masih elok, bukan yang kecut mecut.

2) Patahkan hujung bendi dengan hujung jari anda, jika liat semacam tu tandanya bendi tersebut dah tua.


3) Tetapi sekiranya mudah dipatahkan, sekali tekan jer, itu pilihan bendi terbaik untuk anda. Tak liat, reneh sekejap je pun dah ok.


Salah seorang sahabat saya, gemar memakan bendi di hujung-hujung trimister ketika hamil kerana katanya petua mudah bersalin. Sejauh mana kebenaran saya kurang pasti, tetapi tak salah mencuba kerana bendi juga banyak khasiat untuk kesihatan.

Antara Khasiat Bendi untuk kesihatan

  • Menguatkan daya ingatan
  • Mencuci hati
  • Menstabilkan kandungan gula dalam darah
  • Membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus
  • Membantu mengelakkan sembelit
Semoga info ini bermanfaat untuk semua.

Salam Sayang,

Pengedar Shaklee yang ceria
Lieza 0192432683

Fan Page : Choice Of Yours

Tips Pemeriksaan Sendiri Payudara, Elak Kanser

Pemeriksaan sendiri payudara (PSP) bagi mengesan kehadiran benjolan pada payudara perlu dilakukan setiap bulan, iaitu tiga atau empat hari selepas anda datang bulan (haid). Jika terdapat sebarang benjolan, wanita perlu segera berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan lanjut.



Bagaimana melakukan PSP?


1) Perhatikan sebarang perubahan di hadapan cermin




  • Mula-mula letakkan kedua-dua tangan di sisi
  • Angkat kedua-dua tangan ke atas kepala
  • Cekak pinggang dan tegangkan otot dada (mendada)
  • Pusing badan perlahan-lahan dari sisi ke sisi dan perhatikan sebarang perubahan seperti;
                    i)   Saiz dan bentuk payudara
                   ii)   Lekukkan pada kulit
                  iii)   Perubahan pada puting terdapat nanah atau darah
                  iv)   Sentiasa berasa sakit

2) Rasa perubahan ketika berbaring



  • Letakkan bantal kecil di bawah bahu kanan
  • Letakkan tangan kanan mengalas kepala
  • Gunakan tangan kiri untuk memeriksa payudara kanan
  • Gunakan tiga jari, tetapi bukan hujung jari untuk memeriksa keseluruhan bahagian payudara
  • Pastikan anda memeriksa keseluruhan payudara
  • Mulakan daripada bahagian ketiak
  • Periksa seluruh payudara bermula dari bahagian tepi ke bahagian puting dalam gerakan membulat
  • Perubahan yang perlu di ambil perhatian;
                  i) Ketulan pada payudara atau di bawah ketiak
                 ii) Kawasan tebal pada kulit
                iii) Perubahan pada kulit

3) Perhatikan sebarang pendarahan atau lelehan dari puting



  • Picit puting secara lembut untuk melihat sebarang pendarahan atau lelehan
Pemeriksaan awal, Insha Allah membantu anda mengesan kanser payudara lebih awal, pengesanan awal mudah-mudahan dapat menyelamatkan semua wanita daripada penyakit pembunuh utama wanita.




Bagaimana Vivix bertindak sebagai penawar kanser?


  • Vivix mengandungi resveratrol iaitu bertindak memperbaiki DNA dalam tubuh badan. Oleh itu Vivix membantu pembentukan semula sel-sel yang telah rosak akibat kanser.
  • Apabila sel telah dibetulkan, sel-sel itu akan mati dengan sendirinya (apoptosis) dan sel kanser akan berkurangan sehingga terus hilang buat selama-lamanya. Itulah cara Vivix menyembuhkan kanser.
  • Selain menyembuhkan kanser, Vivix juga mampu merawat luka dan tisu yang rosak akibat dari pembedahan, kimoterapi, radioterapi dan sebagainya.
  • Vivix juga bertindak menguatkan sistem ketahanan tubuh untuk melawan sel-sel kanser dari terus merebak dan membantu pesakit meredakan kesan sampingan akibat rawatan kanser.

Vivix membantu menyekat sel kanser
Kesimpulan

  • Apa yang pasti, di samping menjalani rawatan, pesakit mestilah berdisiplin dalam menjaga pemakanannya setiap hari.
  • Berpantanglah makan makanan yang sedap-sedap, dan amalkan Vivix. Percaya kepada diri sendiri, perjuangan ini pastinya berbaloi!
  • Insya-Allah, sel kanser akan hilang, sakit anda juga akan sembuh. Sama-samalah kita mendoakan!

Semoga bermanfaat buat semua,


Bagaimana ingin mendapatkan Vivix?


Cara 1 >>> Anda boleh terus klik ke Vivix ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan khidmat  Citylink atau Gdex ke alamat yang anda berikan. Penghantaran mengambil masa 2 - 4 hari.

Cara 2 >>> Hubungi saya Liza 0192432683 untuk mendapatkan konsultasi set kesihatan mana yang paling tepat untuk anda berserta konsultasi cara pengambilan yang betul dan tips-tips kesihatan lain apabila membuat pembelian dengan saya.

FB : Lieza Zaleeya
IG : @butiksihatbalakong
Page : Cakna Badan Kita
HP : www.wasap.my/60192432683




Zaquan Adha Mengamuk di Instagram?

Tetiba datang mood nak bercerita pasal filem baru Ayu Raudhah, yang membuatkan suami beliau naik angin di Instagram. Nampak sangat lakonan Ayu Raudhah berjaya meruntun hati seorang suami. Biarpun sekadar lakonan, watak isteri mangsa dera suami, lakonan Iqram Dzinly,  dan beberapa aksi dipukul dikatakan adalah aksi sebenar dan ini membuatkan Ayu Raudhah trauma. 



Rahsia Isteri Cantik Jelita

Mungkin Zaquan Adha sekadar meluah rasa di Instagram, mahu tidak panas hati, maklumlah isteri cantik jelita yang ditatang bagai minyak yang penuh didera di dalam filem. 

Bercakap pasal cantik jelita, nak share rahsia yang bukan rahsia kecantikan Ayu Raudhah. Jemput baca, mana tahu bermanfaat


Penjagaan Muka
  • Cuci muka, guna penyegar serta pelembab
  • Kerap mencuci muka bagi yang selalu memakai make up
Penjagaan Badan
  • Kawal Pemakanan, kurangkan nasi
  • 50 kali senaman bangkit tubi sebelum tidur
  • Minum Vivix Shaklee
Penjagaan Rambut
  • 10 Helai daun bunga raya ditumbuk halus
  • Sapukan pada rambut sehingga ke akar
  • Balut rambut 30 minit (shower cap)
  • Cuci sehingga bersih
  • Perlu diamalkan dua kali seminggu


Ooooo.... selain petua tradisional, dia juga amalkan supplemen moden Vivix Shaklee rupanya. 

Kebaikan Vivix yang perlu anda tahu

  • Membantu dan melindungi Sellular DNA
  • Mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap sellular
  • Menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel
  • 10 kali lebih kuat dari resveratol (kandungan unik anggur 'muscadine' untuk melambatkan pembentukan protin AGE (advanced glycation end products)
  • Memelihara kesihatan jantung, otak, sistem imun, kesihatan sendi, kesihatan dan kesejahteraan.


Ada yang bercadang mendapatkan Vivix Shaklee ke? 

Nak awet muda, sihat dan cantik berseri macam Ayu Raudhah klik link untuk terus membuat pembelian dengan Shaklee Malaysia atau hubungi saya, SID anda yang ceria.

Lieza 0192432683

Fan Page : Choice Of Yours