Pantang Larang Wajib Patuh Selepas Bersalin, Elak Bentan dan Tumpah Darah

Zaman semakin maju, di mana segalanya di hujung jari, semakin ramai yang mempertikaikan sejauh mana relevan bepantang 44 hari selepas bersalin . Sesetengah daripada kita,  belum menginjak sebulan berpantang sudah mula keluar shopping. Alasan normal, bosan takde buat apa kat rumah, ada juga yang memberi alasan saya memang tak pantang sangat, dah sihat dah, luka pun dah baik.

Hmmmm... saya susah nak komen, pendapat masing-masing, tapi kalau kita bertanya pada yang lebih tua, mungkin nenek atau ibu kita, confirm dia akan cakap "sekarang tak rasa lagi, tunggulah sikit hari lagi, bisa-bisa badan, lenguh sana lenguh sini" " Pantang larang wajib ikut nak elak bentan, tumpah darah, meroyan, badan tu bukan nak pakai sehari dua"


bayi comel


Normal kan kena bebel, biasanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Bak kata nenek saya, "benda belum jadi, dah jadi jangan cakap nenek tak pesan"  Huhuhuhu sebelum menyesal, tak salahkan kita korbankan 44 hari untuk memanjakan diri, mendapat rehat yang cukup setelah bertarung nyawa melahirkan buah cinta kita dan suami. Betul tak?

Bagi ibu-ibu yang bakal menimang cahaya mata, saya rasa cuba-cuba lah patuh pada pantang larang selepas bersalin yang saya copy paste melalui pembacaan saya baru-baru ini. Harapan saya semoga ia menjadi panduan bersama, jangan abaikan kesihatan kita, dan yang penting jangan jadi macam saya yer, langgar pantang, dan akhirnya merasa pengalaman Bentan. Huhuhuhuhu.
 
Dilarang Tidur Tidak Berbantal
Tidur tidak berbantal akan mengakibatkan seorang yang berada dalam pantang akan mengalami sakit kepala, ini juga berkemungkinan darah kotor sukar untuk keluar dan angin naik ke kepala menyebabkan sakit meroyan kepada ibu yang masih lemah.
Memakai Sarung Kaki (Stokin)
Cara ini untuk menjaga agar kaki tidak sejuk dan dimasuki angin, jika angin menguasai badan, kesihatan ibu-ibu akan terganggu dan menjadi lemah.

Wajib pakai stoking  - 44 Hari
 
Jangan Duduk Mencangkung
Jika seorang ibu yang baru melahirkan duduk mencangkung akan menyebabkan rahim yang masih lemah itu terkeluar dan ini boleh mengakibatkan ibu-ibu tumpah darah.
Mandi Duduk Di Bangku

Ketika mandi hendaklah duduk di bangku, ini caranya untuk menjaga kesihatan peranakan. Dengan duduk di bangku, ibu-ibu tidak banyak mengeluarkan tenaga kerana ibu-ibu yang baru melahirkan masih dalam keadaan lemah.
Rapatkan Kaki Bila Tidur

Jika tidur hendaklah merapatkan kaki. Cara ini untuk mempercepatkan peranakan sembuh semula.



Cara tidur yang salah
 
Jangan Terlalu Aktif

Ibu yang baru melahirkan hendaklah duduk diam di atas tempat tidur selama seminggu. Ada baiknya jika ada pembantu yang boleh menguruskan bayi dan rumahtangga. Duduk diam ini untuk memulihkan tenaga yang telah hilang dan supaya badan benar-benar dapat berehat.
Jangan Makan Ubi-Ubian

Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan dari jenis ubi-ubian seperti keladi, keledek dan ubi kayu kerana makanan ini boleh mengganggu pencernaan dan ibu-ibu mungkin terasa kembung dan sakit perut. Terutama ibu-ibu yang menyusukan anak kerana penyakit ibu boleh berjangkit kepada anak.
Jangan Tidur Di Waktu Matahari Naik

Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan tidur diwaktu matahari naik, ini boleh menyebabkan badan ibu bertambah lesu dan sakit-sakit, lebih baik ibu-ibu berjalan di tepi tingkap untuk mendapatkan cahaya matahari.
Jangan Tidur Waktu Senja

Ibu-ibu yang baru melahirkan dilarang tidur di waktu senja, kerana di waktu senja adalah masa syaitan berkeliaran, jika diamalkan mungkin fikiran ibu-ibu yang dalam pantang akan terganggu dan boleh menyebabkan penyakit gila.
Jangan Menjahit Pakaian Dan Membaca

Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang menjahit dan membaca, ini disebabkan keadaan fizikal yang lemah boleh menyebabkan ibu-ibu akan cepat mengalami rabun sebelum tua.
Tidak Boleh Keluar Rumah Waktu Senja

Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang keluar rumah waktu senja, waktu ini syaitan berkeliaran yang mungkin boleh mengganggu ibu-ibu yang lemah fizikal dan mentalnya.
Ibu Jari Tidak Boleh Terantuk

Ibu-ibu yang pantang hendaklah menjaga ibu jarinya supaya tidak terantuk. Pada satu-satu tempat, jika terantuk boleh menyebabkan ibu pitam atau bentan jika ibu itu seorang yang lemah.
Pantang 100 Hari

Ibu-ibu digalakkan berpantang 100 hari tidak boleh mengadakan hubungan kelamin dengan suami. Cara ini akan benar-benar memulihkan peranakan ibu-ibu dan kesihatan ibu-ibu.

Suami wajib tahu - 100 hari
 
Cara Mandi
  • Daun nangka, daun pandan, daun inai, bahan-bahan ini direbus untuk mandian bagi ibu-ibu selepas melahirkan anak. Ibu-ibu selepas melahirkan hendaklah duduk pada bangku, tidak boleh berdiri atau mencangkung kerana cara ini tidak baik untuk ibu-ibu dalam pantang.
  • Sebelum mandi hendaklah bercebuk dengan air rebusan daun sirih, bagi menyembuhkan luka-luka selepas melahirkan. Jirus dari kepala dengan air suam kuku dengan air rebusan daun-daun.
  • Ratakan air di seluruh badan jangan sampai mengigil dan kesejukan. Mandi pada setiap pagi dan petang. Mandi air rebusan daun-daun ini selama seminggu.
Cara Berbaring / Tidur

Tidur terlentang tidak berbantal dan terdedah kepada angin sejuk adalah dilarang bagi ibu-ibu di dalam pantang. Tidur dengan bantal tinggi adalahdigalakkan ketika ibu dalam pantang kerana darah kotor tidak naik ke kepala.


Dilarang tidur terlentang






 
Jemput baca pengalaman saya berpantang menggunakan Set Berpantang Paling Win. Terima Kasih
 
 SID anda Lieza 0192432683

Hampir Botak kerana Rambut Gugur Selepas Pantang Bersalin

Rambut gugur selepas pantang bersalin sesuatu yang normal? Ada juga yang kaitkan dengan baby, kononnya kalau baby suka main atau menyembur air liur sendiri maka hampir botak lah ibu nya akibat keguguran rambut. Biasanya para ibu akan mengambil keputusan drastik memotong pendek rambut mereka. Adakah ini membantu mengurangkan rambut gugur?

Ibu-ibu baca dulu entry yang saya bakal tulis ini, dan ibu-ibu akan mendapat jawapan daripada semua persoalan di atas.

Semasa kita hamil, hormon progesteron dan estrogen akan tinggi. Kedua-dua hormon ini menyebabkan pertumbuhan rambut terhenti dalam fasa anagen atau nama ohsemnya fasa pertumbuhan. Sebab itu, wanita masa mengandung lebih cantik berseri seri. rambut pun sihat bersinar sinar.



Punca Utama Keguguran Rambut

  • Apabila kita bersalin, hormon tu akan kembali kepada normal. sebab itu la rambut akan mula gugur.
  • Pemakanan kita di dalam pantang, kita kan terlalu taksub nak kurus cepat. Makan makanan yang kurang nutrisi, dah la tu supplemen pun kita takut nak makan.
  • Proses penuaan wanita berlaku dengan sangat cepat, termasuklah  kulit kepala yang cepat tua berbanding lelaki. Bila proses penuaan ini berlaku dengan cepat, maka proses ini akan menyebabkan liang liang rambut menjadi kosong. Bila liang ni kosong, dan dibiarkan, tanpa dibajai dengan nutrien, macam mana rambut baru nak tumbuh kan?

Cara Mengatasi Rambut Gugur - Wajib makan protien

Apa kena mengena protien dan rambut??  Rambut kita 91% protein, dan terdiri daripada rantaian panjang asid amino. Apabila rambut terdedah dengan cahaya matahari, pencemaran, pastu kita guna shampoo banyak bahan kimia maka rantai asid amino tu akan pecah. sebab tu la rambut putus, rapuh, rosak.


Jadi nak merawat rambut mesti la dari protein yang cukup 9 asid amino. Protein apa yang terbaik dan cukup dengan 9 asid amino yang badan kita perlu , hihihihi tentulah ESP Shaklee. ESP Shaklee memang termasuk dalam Set Berpantang Shaklee tauuu...

Testimoni Pengguna ESP


Jom dapatkan ESP Whatsapp Lieza 0192432683


Cara Membasuh dan Menguruskan Uri

Ramai bapa yang tak sanggup nak membasuh uri ni, biasanya tugas membasuh uri diserahkan kepada ibu, ibu mertua atau mak bidan. Kenapa ramai tak sanggup? Ada yang kata takut darah, ada yang geli sebab uri yang bersifat lembik ada juga yang loya dengan bau uri. Macam-macam kan.

Sebaiknya tugas membasuh uri diserahkan kepada bapa, hmmm... barulah gentleman. Yer idok? Saya kongsikan cara membasuh uri, semoga dapat dimanfaatkan bersama terutama bagi bapa yang baru menimang anak sulung. Tahniah untuk kedua ibu dan ayah, dan selamat berpantang untuk ibu.

Sebelum proses membasuh uri, pastikan bahan - bahan di bawah disediakn
  • Limau Nipis
  • Garam kasar
  • Asam Jawa
  • Plastik nipis
  • Kain Putih (Lampin)



Cara-cara membasuh uri


Cara Membasuh Uri
  1. Mulakan dengan membaca Bismillah
  2. Basuh uri untuk hilangkan kesan-kesan darah dengan bersih. Jangan guna sabun yer....
  3. Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan niat serta doa yang baik.
  4. Lumurkan uri dengan garam, dan air asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir. Bilas sehingga benar-benar bersih.
  5. Perah limau nipis dan lumurkan, ini bagi menghilangkan bau-bau yang tidak menyenangkan.
  6. Letakkan di dalam plastic yang mudah reput dan ikat dengan kemas.
  7. Bungkus bersama kain putih yang terikat rapi
  8. Gali Tanah sedalam yang mungkin untuk mengelakkan di kesan oleh binatang seperti anjing dan kucing. Masukkan uri dan kambus Tanah tadi.
Amalan yang boleh membawa kepada syirik

Pastikan tidak meletakkan sebarang benda asing seperti pen, pensel, lilin, paku, duit syiling dan sebagainya atas apa jua alasan. Di khuatiri amalan ini boleh membawa kepada syirik.


SID anda

Liza 0192432683

Baru Ku Tahu Seksanya Bentan, Padah Langgar Pantang Bersalin

Ramai yang mungkin biasa mendengar perkataan bentan. Bentan dan Rengat, adalah dua perkara yang berbeza. Bentan lebih kepada demam urat, ianya terjadi disebabkan ibu tidak menjaga pantang dengan baik. Maksudnya di sini, mungkin ibu banyak bergerak, kurang rehat, mandi air sejuk atau boleh juga disebabkan oleh pemakanan.

Apa itu Bentan?

Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri, sebelum ini selalu dengar orang-orang tua berpesan, "jaga pantang tu, nanti bentan". Seperti biasa kita hanya mengiyakan. Tiada siapa yang boleh jelaskan apa sebenarnya bentan ketika pantang bersalin , sakitnya macam mana, sehingga kita sendiri mengalaminya. Sebelum saya menceritakan pengalaman saya, saya terangkan dulu jenis-jenis bentan.

Terdapat tiga jenis bentan

1) Bentan Urat
  • Badan ibu tiba-tiba lemah, demam serta biasa-biasa urat dan setiap sendi badan. Lutut menggigil kesejukan meskipun waktu tengahari, seluruh otot badan menjadi tegang dan kejang.
  • Punca - ibu terlalu aktif bergerak
  • Rawatan - sapukan minyak urut di badan dan urutan perlahan
2) Bentan Urat Peranakan / Urat Rahim
  • Kesakitan di bahagian ari-ari sehingga boleh menyebabkan kejadian tumpah darah. Kesakitan melampau boleh menyebabkan ibu tidak dapat meluruskan kaki beliau.
  • Punca - Ibu mengangkat barang-barang berat
  • Rawatan - Ibu digalakkan baring di lantai tanpa alas bantal, alas punggung dengan 2 biji bantal atau sandarkan kaki pada dinding untuk kurangkan pengaliran darah
3) Bentan Urat Besar (Pinggang)
  • Urat besar ialah urat buluh Rahim yang melalui bahagian pinggul yang dikenali sebagai urat sum. Ibu yang mengalami bentan urat besar ini akan merasa lenguh dan sakit di bahagian belakang (tongkeng), pinggang dan tumit kaki.
  • Punca - tidak dapat dikenalpasti, tetapi biasanya berlaku kepada ibu yang bersalin melalui pembedahan
  • Rawatan - Rehat dan kurangkan bergerak.

Mengigil kesejukan

Pengalaman Sendiri

Ditakdirkan Allah saya mengalami bentan sewaktu berpantang anak yang ketiga. Saya akui pada hari kejadian saya agak banyak bergerak, almaklumlah berpantang sendiri, anak yang pertama baru berusia lima tahun dan yang kedua baru berusia 3 tahun. Hari tu anak-anak membuat perangai yang "baik" sangat, maklumlah budak-budak tengah membesar, sepahkan rumah, tumpahkan air, bergaduh, dan macam-macam lagi.

Padahnya pada waktu malam lebih kurang pukul 9 malam, anak-anak semua tidur awal, dah puas melasak agaknya siang hari... kepenatan. Tiba-tiba saya berasa sejuk yang amat sangat, bulu roma tegak berdiri sehingga menampakkan liang roma serta menggigil hingga badan pun bergoyang. Mulut terketar-ketar, hingga tidak mampu bersuara. Baru ku tahu seksanya bentan padah yang terpaksa saya terima kerana melanggar pantang bersalin.

Sejuk tu bukan sejuk biasa, kesejukan bagai menusuk sehingga tulang sum-sum, sehingga dua helai toto, tak mampu  meredakan kesejukan. Walaupun dalaman sejuk yang maha hebat, tetapi luaran kepanasan sehingga berpeluh-peluh. Azabnya lah rasa saat tu. Ya, Allah mohon dijauhkan bentan ni, seksa sungguh walau pun bukan untuk tempoh yang lama.


Kesan Bentan
Betul, bentan akan baik sendiri. Tapi meninggalkan kesan yang lama seperti lenguh dan sakit seluruh badan. Berpantang sendiri bukan perkara mudah. Paham sangat dah resmi seorang sebagai ibu dan isteri, kita dah terbiasa melakukan kerja rumah, hingga terbawa-bawa di waktu pantang. Apabila banyak berehat terasa lemau lain macam dan ada je yang tak kena di mata kita.


Penjagaan emosi amat penting semasa pantang



Cara Mengatasi

Kita memang digalakkan bergerak, buat kerja-kerja ringan tetapi jangan lah seaktif biasa. Bersalin kan banyak urat-urat yang dah putus, darah pun dah banyak hilang. Situasi takkan sama. Jadi ibu-ibu semua, walaupun zaman dah semakin maju dan canggih, please jaga diri dalam pantang. Badan kita ni nak pakai lama.

Selain membataskan pergerakan, pastikan ibu-ibu menjaga pemakanan, ambil supplemen untuk cukupkan nurtrien dalam badan, amalkan bertungku dan bertangas, berurut, sebaik-baiknya mandi air suam atau rebusan herba sepanjang 44 hari berpantang, kawal emosi, dan pastikan mendapat rehat yang cukup. Jangan dok berjaga malam layan whatsapp grup atau Facebook yer. hihihihihi




SID anda Liza 0192432683




Petua Untuk Mengatasi Bayi Sembelit

Ibu-ibu pasti risau kan, jika bayi tidak membuang air besar lebih daripada dua hari. bayi kan biasa hari-hari membuang air besar. Atau mungkin anda perasan bayi macam meneran tapi tak jugak keluar najisnya. Atau ada juga situasi perut baby mengeras dan semestinya baby juga asyik merengek kerana tidak selesa.

Bayi menangis tidak selesa


Kalau bawak klinik biasanya doctor suggest masukkan ubat melalui dubur atau ubat cair. Tapi kalau boleh elak, elakkan ubat-ubatan ni masuk dalam badan anak kita seawal bayi. Kita semua tahu kan banyak side effect di kemudian hari.

Ada petua lama yang mungkin ibu-ibu boleh implement, tak cuba tak tahu kan,
>> Layurkan beberapa helai daun kunyit di atas api sehingga kelayuan
>> Letakkan daun kunyit tadi di atas perut bayi, sebelum tu rasa dulu kepanasan daun tu, jangan 
      terlalu panas melecur pulak perut bayi nanti.
>> InshaAllah selang beberapa minit, bayi akan membuang air besar.

Daun Kunyit


Boleh juga di urut lembut perut baby menggunakan minyak telon.

Kenalpasti punca bayi sembelit, mungkin berpunca daripada susu formula yang dia minum atau bagi bayi yang fully menyusu ibu, ibu kena jaga pemakanan walaupun bukan dalam pantang.

Semua ibu harapkan yang terbaik untuk bayi kita kan...

SID Lieza 1107128 (0192432683)

 

Larangan Memotong Kuku Bayi di Dalam Pantang

Pernah dengar tak, larangan memotong kuku bayi di dalam pantang. Bila dipersoalkan kenapa tak boleh potong yer.. katanya pantang orang tua-tua. Relevan lagi ke petua ni untuk zaman sekarang?

Untuk ibu ayah, yang baru menimang cahaya mata, jangan risau dan terlalu memikirkan perkara ini. Memotong kuku bayi dalam pantang dibolehkan asalkan menggunakan alatan yang sesuai.


Waktu bayi tidur adalah waktu paling sesuai untuk memotong kukunya 



Larangan memotong kuku bayi di dalam pantang, mungkin disebabkan bimbang berlaku kecederaan pada bayi sementelah alatan memotong kuku zaman dulu tidak lah secanggih hari ini.

Ibu ayah sudah boleh mula tersenyum ye, pakat terjah kedai barangan baby cari alatan memotong kuku yang sesuai. Ataupun boleh jer beli online, segalanya kan di hujung jari anda.

Contoh alatan yang selamat untuk memotong kuku bayi