Home » » Resdung Yang Tidak Di Rawat - Risiko Komplikasi Otak Hingga Membawa Maut

Resdung Yang Tidak Di Rawat - Risiko Komplikasi Otak Hingga Membawa Maut

ANDA batuk, kerap bersin, tidak bermaya dan tidak sedap badan. Hidung pula rasa berair dan tersumbat. Anda terasa yang anda demam.

Apabila ubat-ubatan yang diambil tidak meredakan gejala-gejala demam biasa, bangun pagi anda mulai diiringi dengan sakit kepala dan rasa berat pada bahagian muka.

Selepas doktor mendengar sejarah gejala, memeriksa bahagian muka, dahi dan mungkin menjalankan sinaran-X pada bahagian sinus, anda disahkan menghidap penyakit sinusitis.

Di kalangan masyarakat setempat, ia lebih popular sebagai resdung dan sangat biasa terjadi di kalangan rakyat negara ini.

Sinus yang membawa jangkitan otak


``Ringkasnya, resdung menghasilkan pelbagai gejala hidung dan tidak ketinggalan boleh juga memberikan kesan terhadap tekak, peti suara serta telinga tengah.

``Salah satu punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya yang dipanggil sinus,'' kata Pakar Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur, Dr. Amir Izwan Mohamed Dahan.

Menurutnya, sinus sebenarnya adalah rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil.

Sinus terletak pada bahagian muka - pipi di bawah mata, di antara dua mata, hanya sedikit di belakang hidung dan turut meliputi bahagian dahi seseorang.

Ia terbahagi kepada empat; masing-masingnya dikenali sebagai sinus frontal, sinus maksila, sinus etmoid dan sinus sfenoid.

Fungsi sebenar sinus tidak diketahui dengan tepat tetapi ada antara teori mengatakan sinus berfungsi meringankan tengkorak selain turut memainkan peranan dalam degungan suara.

``Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan disalirkan ke dalam hidung.
``Jika saluran daripada sinus ini tersumbat, lendir akan terkumpul dan rongga sinus menjadi tempat pembiakan yang baik bagi kuman bakteria,'' katanya.

Dr. Amir Izwan yang juga pakar bedah kepala dan leher berkata, bengkakan di dalam lapisan hidung juga boleh menyebabkan salur sinus ini tersumbat.

Salah satu punca utama bengkakan dalam hidung ini ialah radang hidung disebabkan oleh alahan (rhinitis) yang agak berleluasa dalam masyarakat kita.

Mengulas lanjut, resdung boleh juga terjadi disebabkan oleh rerambut halus silia di dalam sinus yang sepatutnya membantu pengaliran mukus, gagal menyempurnakan tugasnya.

Aktiviti menyelam ataupun berenang merupakan antara beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko resdung selain asap rokok yang dikenal pasti sebagai pencetus radang hidung.

Oleh itu, adalah sangat penting `mengharamkan' tabiat merokok di dalam persekitaran rumah mahupun kenderaan pesakit resdung, sekali gus mengelakkan tempat-tempat yang seumpamanya.

Katanya, apabila gejala resdung berlaku dalam tempoh beberapa hari hingga beberapa minggu, ia diklasifikasikan sebagai akut.

Resdung akut kadangkala adalah penyebab demam, terutamanya yang berlanjutan lebih daripada tujuh hingga 10 hari.

``Asalnya, virus-virus yang menyebabkan selesema biasa, menyerang lapisan dalam hidung dan sinus menyebabkan bengkak dan menyempit.

``Badan juga bertindak balas terhadap virus dengan menghasilkan lebih banyak mukus. Ini menyebabkan hidung tersumbat dan nanah terkumpul di dalam sinus yang bengkak,'' kata Dr. Amir Izwan.

Demam yang mula kebah tetapi kemudiannya bertukar melarat menjadi sebahagian tanda-tanda resdung akut.

Di samping itu, kesakitan di dalam bahagian dahi yang timbul semasa anda mencondongkan badan ke depan seperti waktu sujud juga boleh menjadi petanda.

Ditanya bagaimanakah caranya untuk membezakan di antara resdung, demam selesema biasa dan alahan hidung memandangkan ketiga-tiganya mempunyai gejala yang saling bertindihan, Dr. Amir Izwan menjelaskan:

``Jika pesakit demam dan mempunyai gejala berkaitan hidung seperti sakit muka dan hidung, keluar nanah berwarna kuning atau hijau daripada hidung atau kahak warna sama pada sebelah pagi, itu resdung.

``Apabila gejala-gejalanya berlaku lebih kerap ataupun jangkitan berpanjangan lebih daripada tiga bulan, resdung akut boleh menjadi kronik.

``Gejalanya mungkin tidak seteruk resdung akut namun, jika tidak dirawat boleh menyebabkan kerosakan kepada sinus dan tulang pipi sehingga memerlukan pembedahan,'' katanya.

Walaupun resdung tidak boleh menjadi kanser sehingga menyebabkan hidung rompong tetapi sebaliknya kanser boleh memperlihatkan gejala-gejala seperti penyakit itu.

Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan, resdung boleh mengakibatkan maut tidak langsung yang disebabkan oleh komplikasi pada otak pesakit.

Serangan resdung berulang-ulang juga boleh berlaku. Pesakit selalunya diberikan rawatan antibiotik untuk menyembuhkannya tetapi penyakit datang semula sebulan dua kemudian.

Puncanya mungkin disebabkan oleh faktor penyebab penyakit ini yang tidak dirawat sepenuhnya, lazimnya susunan tulang dalaman sinus yang tidak normal dan sempit. Dalam kes-kes begini, pembedahan endoskopi dilakukan.

Sekiranya gejala resdung masih berterusan, kaedah baru ini akan dilakukan di mana rongga-rongga sinus terlibat akan dibuka menggunakan alat-alat khas di bawah penglihatan kamera skop.

Pembedahan sinus endoskopi ini sama sekali tidak memerlukan belahan pada kulit kerana segala prosedurnya dilakukan di dalam rongga hidung.

Ini berbeza dari kaedah lama pembedahan di mana belahan terpaksa dibuat di sekeliling kawasan hidung.

Pun begitu, gejala alahan hidung masih boleh terjadi selepas pembedahan dan hanya dapat dikawal melalui penggunaan ubat-ubatan.

``Justeru, adalah sangat penting bagi para pesakit untuk mengekalkan pengambilan ubat-ubatan antialahan selepas pembedahan,'' kata Dr. Amir Izwan.
Tambahnya, cara terbaik untuk mencegah serangan resdung ialah dengan merawat gejala-gejala hidung dengan segera sebelum ia melarat.

Gejala resdung:
  • Hidung tersumbat
  • Lendir daripada hidung dan tekak
  • Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata
  • Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang
  • Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas
  • Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.

Punca resdung:
  • Susunan tulang dalaman hidung yang sempit
  • Hidung bengkok
  • Mandi dan terjun di dalam air yang kotor
  • Jangkitan gigi atas
  • Ketumbuhan di dalam hidung
  • Objek dimasukkan ke dalam hidung, contohnya putik kapas, maik dan kertas
  • Tisu belakang hidung yang bengkak terutamanya kanak-kanak.


Komplikasi resdung:
  • Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
  • Jangkitan otak (meningitis)
  • Sakit tekak yang kronik
  • Jangkitan tulang muka
  • Memburukkan keadaan lelah
  • Berdengkur yang kronik
  • Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
  • Alahan hidung atau hidung sensitif
  • Selesema biasa yang melarat.


Diagnosis:
  • Skop hidung untuk melihat punca resdung
  • Skan CT hidung dan sinus untuk melihat rongga-rongga yang terlibat dan kawasan putih menandakan lendir atau dipenuhi nanah

Rawatan:
Berdasarkan gejala pesakit dan hasil diagnosis, rawatan bersesuaian akan disyorkan.
  • Antibiotik (10 hingga 14 hari bagi resdung akut)
  • Ubat selesema
  • Dekongestan; ubat titis atau semburan hidung
Pembedahan  Sinus

  • Pembedahan hanya akan dipertimbangkan setelah rawatan-rawatan lain tidak berkesan ataupun jika ada sesuatu yang menghalang sinus dan ia tidak dapat disembuhkan dengan ubat-ubatan.

Tip menguruskan resdung:
  • Bagi pesakit yang mempunyai alahan hidung disarankan agar tidak menyapu rumah tetapi menggunakan vakum atau mop
  • Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan
  • Setiap individu alah kepada makanan yang berlainan terutamanya ramai orang yang tidak boleh memakan makanan laut yang kaya protein atau belacan
  • Banyakkan berehat. Berbaringlah menggunakan bahagian badan yang membuatkan anda bernafas dengan lebih baik kerana ia berupaya melegakan resdung
  • Hirup sup atau cecair yang panas dan minum banyak air
  • Lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam ataupun melakukan pernafasan wap
  • Jangan menggunakan semburan hidung dekongestan lebih dari tujuh hari. Jika tidak, bengkak di dalam sinus akan menjadi lebih teruk selepas anda memberhentikan penggunaannya
  • Bilas saluran sinus menggunakan larutan salina yang boleh didapati di farmasi
  • Anda juga boleh menggunakan ubat-ubatan seperti acetaminophen dan parasetamol untuk merawat kesakitan
  • Berbincanglah dengan doktor anda sebelum mengambil ubat demam kerana sesetengahnya boleh memburukkan gejala resdung ataupun menimbulkan lain-lain masalah.
Sumber : Utusan Online




OKTOBER 2016 (SPECIAL EDITION VIVIX)

TESTIMONI 7: AYU ADYANI AB RAHMAN

.

[SAKIT SINUS SEMBUH SERTA MIGRAIN DAN GASTRIK SEMAKIN BERKURANGAN SEJAK AMALKAN VIVIX]
.


Assalamualaikum W.B.T.. Saya Ayu Adyani Ab Rahman, berumur 33 tahun dan berasal dari Kota Bharu. Saya berkerja sebagai guru dan memiliki 3 orang anak. Saya ingin berkongsi pengalaman saya mengidap penyakit sinus, migrain dan gastrik di tahap kritikal.
.

Antara simptom yang saya hadapi ialah bersin yang berpanjangan, bengkak muka dan migrain yang teruk sehingga muntah-muntah. Saya juga kerap mengambil cuti sakit akibat daripada penyakit-penyakit ini. Saya telah mengidap penyakit ini sejak dari bangku sekolah lagi.
.

Untuk mengatasi masalah ini, saya kerap kali berjumpa dengan doktor, mengambil pain killer, PCM dan yang sewaktu dengannya. Saya juga pernah berjumpa dengan pakar neuro akibat masalah migrain yang teruk. Doktor memberi saya ubat-ubatan, pain killer dan ubat sinus pula perlu kerap diambil ketika sinus menyerang.
.

Saya mula mengenali Shaklee selepas kelahiran anak ketiga ketika hadir ke sebuah kelas nutrisi anjuran Shaklee. Pakar nutrisi dalam kelas telah menjelaskan serba sedikit tentang kepentingan mengambil supplemen tambahan Shaklee. Pulang dari kelas nutrisi, saya mula membuat kajian tentang Vivix, polifenol, resveratrol dan juga antioxidant.
.

Saya mula mengamalkan Vivix sejak kelas nutrisi tersebut dan mengambil sekurang-kurangnya 2 sudu sehari dan kadang-kadang lebih kerana rasanya yang enak. Antara produk Shaklee yang turut saya ambil ialah ESP, Vitalea, Garlic Complex, B-Complex, Omega Guard, Vita-C, Alfalfa, Ostematrix, Lecithin, Herblax, GLA Complex dan juga Vita-E.
.

Di awal pengambilan supplemen-supplemen ini, saya mengalami ‘healing crysis’ yang agak teruk seperti muka menjadi sembap, pening dan demam yang teruk selama seminggu. Setelah beberapa minggu, saya mula perasan jerawat batu mulai kecut, muka semakin OK, parut-parut semakin pudar dan tidak lagi didatangi selsema.
.

Kini setelah 2 tahun, Alhamdulillah saya tidak lagi didatangi sinus dan tiada lagi rekod MC akibat sinus. Migrain dan gastrik saya juga semakin berkurang dan bebas daripada pain killer dan PCM. Yeayy!! Dah dua tahun tak sentuh PCM. Saya masih lagi konsisten mengamalkan supplemen-supplemen ini dan sudah tidak terkira berapa bilangan Vivix yang telah saya ambil.
.

Pesanan saya kepada anda ialah jaga kesihatan sebaik mungkin dan berikhtiarlah dengan cara yang paling selamat. Amalkan makan supplemen sebelum datang penyakit yang tidak diundang. Saya sangat berpuas hati dan berazam untuk membantu mereka yang ada masalah sama dengan saya untuk mencuba ikhtiar dengan Vivix dan supplemen lain juga. Kesihatan adalah nikmat yang perlu disyukuri dan dijaga! Bila sihat apa yang kita lakukan akan menjadi lebih bererti dan cemerlang!
.

Terima kasih Allah kerana telah menemukan saya dengan produk hebat ini. TQ juga kepada pakar nutrisi yang memberi penerangan dan terima kasih juga kepada encik suami yang banyak memberi sokongan. Terima kasih buat ahli keluarga lain dan kawan-kawan. Lurve uollss.

Wajah Ceria - Bebas Sinus

Bagaimana ingin mendapatkan Vivix?

Cara 1 >>> Anda boleh terus klik ke Vivix ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan khidmat  Citylink atau Gdex ke alamat yang anda berikan. Penghantaran mengambil masa 2 - 4 hari.

Cara 2 >>> Hubungi saya Liza 0192432683 untuk mendapatkan konsultasi set kesihatan mana yang paling tepat untuk anda berserta konsultasi cara pengambilan yang betul dan tips-tips kesihatan lain apabila membuat pembelian dengan saya.

FB : Lieza Zaleeya
IG : @butiksihatbalakong
Page : Cakna Badan Kita
HP : www.wasap.my/60192432683

1 comments:

  1. http://www.kmieyabdulrahman.net/2017/03/mini-giveaway-by-kmieyabdulrahman.html

    BalasPadam