“Paniknya bila anak tiba-tiba kekejangan sampai tak sedarkan diri tadi. Syukurlah pernah terbaca tentang sawan demam suatu masa dulu. Tapi, bolehkah kejadian ini berulang lagi? Apa patut buat untuk elakkan ia berlaku lagi?”
Sawan demam atau ‘febrile seizure’ yang berlaku pada anak kecil dan bayi adalah salah satu pengalaman yang boleh menyebabkan trauma kepada ibu bapa. Berderau jantung ibu bapa melihatkan anak yang terbaring tidak sedarkan diri, diserang kekejangan badan dan kaki, mata hitam memandang ke atas, air liur meleleh, atau perubahan warna pada kebiru-biruan pada kulit dan bibir. Dalam beberapa kes, ada juga anak yang terkencing atau terbuang air besar.
Menurut Dr Alya Hamzah menerusi Malaysian Medical Gazette, sawan demam ini boleh dialami oleh anak kecil seawal umur 3 bulan hingga 6 tahun. Walaubagaimanapun, ia lebih kerap terjadi kepada anak kecil dalam lingkungan 6 bulan hingga 5 tahun.
7 PERKARA PENTING PERLU TAHU APABILA ANAK DISERANG SAWAN DEMAM
Seperti yang diterangkan oleh doktor, sawan demam bukanlah sejenis penyakit dan ia berbeza daripada epilepsi. Maka, ia tidak menyebabkan kerosakan otak mahupun menggugat tahap intelektual kanak-kanak. Sebaliknya ia adalah sebuah kondisi di mana kanak-kanak tersebut mengalami kekejangan akibat suhu badan yang terlalu tinggi iaitu melebihi 40°C.
Sebagai ibu bapa, penting untuk kita mengetahui apa yang perlu dilakukan sekiranya berhadapan dengan situasi sedemikian. Ini 7 perkara penting untuk anda tahu.
pantau suhu badan anak |
1. JANGAN TERLALU PANIK, BUAT TINDAKAN PANTAS
Jika ditanya pada sesiapa yang melihat anak diserang sawan buat pertama kali, mereka tentu akan panik. Namun, cuba kawal perasaan dan fokuskan kepada cara mengelakkan tempoh sawan daripada berlanjutan.Lazimnya tempoh sawan amat pendek iaitu beberapa minit.
2. ALIHKAN ANAK KE TEMPAT SELAMAT
Pastikan tiada objek keras berada di sekitar anak yang boleh menyebabkannya terhantuk atau cedera. Terus menunggu di sebelahnya dan jangan tinggalkan anak walau seketika.
3. POSISI MENGIRING KE KIRI
Letak anak dalam posisi mengiring ke sebelah kiri untuk mengelakkan anak dari tersedak atau tercekik air liur, muntah, lendir, atu sebarang lendir. Posisi ini dikenali sebagai ‘recovery position’ kerana objek di dalam mulut lebih mudah termasuk kedalam rongga paru paru kanan berbanding paru paru kiri. Maka, sebab itulah tidak disyorkan meletak anak anda mengiring di sisi kanannya.
Selain itu, jangan cuba mengawal pergerakan anak sewaktu serangan sawan kerana tindakan ini barangkali mencederakan otot atau tulangnya.
4. JANGAN SESEKALI MASUKKAN SEBARANG OBJEK KE DALAM MULUTNYA
Mungkin anda pernah dengar orang cakap masukkan sudu atau objek keras ke dalam mulutnya untuk mengelakkan dia menggigit lidahnya. Tapi, perbuatan ini sama sekali tidak sepatutnya dilakukan kerana dikhuatiri menyebabkan objek patah dan sekaligus lebih membahayakan anak.
Anda juga tidak sepatutnya memaksa mereka meminum air atau sebarang ubat-ubatan daripada melalui mulut ketika serangan ini berlaku. Lapkan sebarang bendalir yang terkeluar dari mulut anak jika ada.
5. PERHATIKAN KEADAAN ANAK
Catatkan tempoh dan tanda perlakuan anak ketika diserang sawan demam. Segala butiran penting untuk membantu doktor untuk membuat diagnosis yang tepat dalam menentukan keadaan kesihatan anak anda.
Jika ia berterusan sehingga 5 minit, jangan tunggu lagi dan segera hubungi ambulans atau bawa anak ke hospital serta-merta.
6. BAWA ANAK UNTUK PEMERIKSAAN
Setelah anak tersedar, bawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Biasanya anak akan kelihatan mengantuk dan mungkin tertidur seketika. Namun selepas itu, mereka akan kembali aktif dan cergas seperti biasa.
Jika ini kali pertama anak anda diserang sawan, mungkin mereka akan ditahan wad untuk pantauan doktor. Tindakan ini penting bagi memastikan tiada jangkitan di otak atau lain-lain penyakit seperti meningitis mahupun hypoglycaemia (paras gula rendah).
Sementara itu, anda boleh membantu memberikan keselesaan dan meredakan demam panas dengan membasahkan badan mereka menggunakan span atau kain lembab.
7. IA BOLEH BERULANG
Menurut sumber akhbar tempatan, lebih kurang 30%s kanak-kanak yang mengalami sawan demam akan mengalaminya lagi berulang kali tetapi tidak semestinya pada setiap episod demam.
Menurut Dr Alya, antara risikonya untuk berlaku adalah lebih tinggi jika ada sejarah keluarga yang pernah mengalami sawan demam atau serangan sawan demam pertama berlaku pada umur kurang daripada 1 tahun. Tambahnya, hampir separuh daripada kes sawan demam berulang akan berlaku dalam tempoh 6 bulan selepas kes pertamanya.
Walau apa pun, ibu bapa tidak perlu terlalu risau kerana keadaan ini tidak menjejaskan minda kanak-kanak dan biasanya ia akan berhenti apabila anak semakin besar.
Sumber : siraplimau.com
PEKA PADA SUHU BADAN ANAK
Punca berlakunya sawan masih belum dapat dikenalpasti secara tepat.
Namun, salah satu usaha untuk mengawalnya daripada berlaku adalah dengan mengawal suhu demam anak. Semak suhu mereka dari semasa ke semasa dan lakukan teknik ‘sponging’ untuk mengelakkan suhu badan menjadi terlalu tinggi. Rujuk kepada doktor untuk mendapatkan nasihat serta ubat-ubatan jika perlu.
Segera dapatkan rawatan doktor |
SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4
TESTIMONI 1 : FITRIYATUL ASYIQIN
.
[KESIHATAN ADAM KHALISH BERTAMBAH BAIK, SEMAKIN KURANG DEMAM TARIK & MASALAH TONSIL DIATASI]
Assalamualaikum salam sejahtera semua. Saya Fitriyatul Asyiqin bt Mohd Rudin. Surirumah dan ibu kepada 2 anak iaitu Adam Khalish 4 tahun dan Airis Khalisha 6 bulan.
Testimoni kali ini saya ingin kongsikan tentang anak sulung saya iaitu Adam Khalish bin Abdul Latif.
.Sejak bayi lagi anak sulung saya ni tidak mengalami masalah yang besar berkaitan kesihatannya. Alhamdulillah syukur Allah mudahkan saya membesarkan Adam Khalish dan permulaan saya menggunakan produk Shaklee ini juga melalui anak sulung saya ini yang mana bermula usianya 6 bulan saya mula mengambil Set Penyusuan Shaklee.
.Sejak bayi tak pernah alami demam, selsema dan batuk juga tiada. Tapi bermula usianya setahun 3 bulan Adam mula demam. Demamnya yang pada jangkaan kami biasa-biasa sahaja. Kami ke pusat rawatan ambil ubat. Dan bila pulang ke rumah lepas je beri ubat Adam mula fit atau istilah lainnya sawan tarik. Pada usia yang sangat kecil. Masa tu saya dan suami sangat takut.
Alhamdulillah - semakin sihat |
Bila peristiwa tu jadi, kami suami isteri lebih berhati-hati setiap kali Adam demam. Selang hampir setahun Adam tak kena demam tarik, mula usianya 2 tahun lebih datang kembali demam tariknya. Kali Ini berulang-ulang. Berturut-turut setiap bulan kena. Demam juga begitu setiap bulan kena.
Sampailah akhirnya kami suami isteri nekad untuk berikan vitamin Shaklee secara konsisten pada Adam. Makan pagi dan petangnya konsisten vitamin-vitamin ni. Mujurlah Adam Alhamdulillah memang suka dan tak tolak semua vitamin ni mudah je nak makan. Rujuk pakar semua sample darah dan air kencing semua normal. Cuma doktor ada cakap yang Adam alami tonsil stage 2 yang menyebabkan dia selalu kerap demam. Kami pun mula ikhtiar untuk ubah cara pemakanan Adam setelah dirujuk pakar pemakanan.
Sebab-sebab punca tonsil juga kami baca dan kami nekad untuk konsisten hari-hari berikan Adam vitamin ni selain menjaga pemakanannya hari-hari.
Kurangkan pengambilan makanan segera terutamanya nugget dan kentang goreng segera. Dan juga makanan manis dan air berperisa.
Omega guard dan Vitamin C Chewable ni sangat membantu kecutkan toncil dan up kan imunisasi tubuh Adam.
Dan bila demam selalu tak berselera makan memang saya berikan Mealshake untuk Adam minum. Dan Alhamdulillah sekarang pun kalau demam datang tak lama sehari mesti sembuh kembali.
Nutriferon juga saya berikan ketika perlu sahaja. Berbanding lain-lain vitamin yang memang sehariannya konsisten.
.Kalau dulu Adam makan nasi sepinggan pun liat nak habis tapi Alhamdulillah bila konsisten vitamin ni seleranya lain macam. Dan yang bahagianya saya bila Adam sendiri tak pandai dan takut nak makan jajan (makanan ringan). Dia sendiri pun dah rasa serik ulang alik masuk hospital agaknya.
Alhamdulillah sekarang Adam dah 4 tahun dan masih konsisten makan vitamin ni semua.
Dan yang paling kami bersyukur Adam dah jarang demam. Syukur ke hadrat Allah S.W.T yang Maha Penyayang yang beri nikmat sihat ini buat Adam Khalish. Mak ayah mana yang tak risau kan anaknya sakit. Lagi-lagi bila kena sawan tarik ni berkali-kali.
Kawan-kawan yang anak kalian selalu demam selsema batuk cuba ikhtiar dengan vitamin Shaklee untuk anak-anak ini naikkan balik imunisasi tubuh anak-anak untuk kuat melawan penyakit yang datang tu. Lagi-lagi musim virus menyerang sekarang ni. In Shaa Allah kita ikhtiarkan sediakan nutrisi yang terbaik buat anak-anak ni.
Nutriferon juga saya berikan ketika perlu sahaja. Berbanding lain-lain vitamin yang memang sehariannya konsisten.
.Kalau dulu Adam makan nasi sepinggan pun liat nak habis tapi Alhamdulillah bila konsisten vitamin ni seleranya lain macam. Dan yang bahagianya saya bila Adam sendiri tak pandai dan takut nak makan jajan (makanan ringan). Dia sendiri pun dah rasa serik ulang alik masuk hospital agaknya.
Alhamdulillah sekarang Adam dah 4 tahun dan masih konsisten makan vitamin ni semua.
Dan yang paling kami bersyukur Adam dah jarang demam. Syukur ke hadrat Allah S.W.T yang Maha Penyayang yang beri nikmat sihat ini buat Adam Khalish. Mak ayah mana yang tak risau kan anaknya sakit. Lagi-lagi bila kena sawan tarik ni berkali-kali.
Kawan-kawan yang anak kalian selalu demam selsema batuk cuba ikhtiar dengan vitamin Shaklee untuk anak-anak ini naikkan balik imunisasi tubuh anak-anak untuk kuat melawan penyakit yang datang tu. Lagi-lagi musim virus menyerang sekarang ni. In Shaa Allah kita ikhtiarkan sediakan nutrisi yang terbaik buat anak-anak ni.
Anak anda mengalami perkara yang sama seperti Adam Khalish? Tidak sanggup melihat sawan tarik berulang? Berminat mencuba Set Anak Sihat Shaklee?
Hubungi Liza 0192432683, untuk mendapatkan konsultasi kesihatan dan cara pengambilan supplemen untuk kesan yang paling optimum.
atau
Anda boleh membeli secara online dengan Shaklee Malaysia, klik link Set Anak Sihat.
Penghantaran ke seluruh negara, dua hingga empat hari bekerja menggunakan khidmat GDEX atau CityLink.
.
.
0 comments:
Catat Ulasan