Tips Bebas Parut Chicken Pox yang Mengerikan

Sebut je pasal chicken pox, semua orang takut. Nightmare. Sebab risau parut chicken pox tu kekal sampai ke tua. Wanita terutamanya, memang tak senang duduk la. Pikir sampai nangis sebab takut dan risau muka berparut.
.

Macam tu jugaklah kerisauan Kak Lia pada chicken pox ni. Al-kisahnya, anak kedua Kak Lia naik biji air kat perut. Kak Lia memang tak jangka pun tu chicken pox. Tangan ni pun duk gatal pecahkan biji air tersebut. Sehari okay lagi, tapi naik hari kedua ketiga, Kak Lia tengok makin naik biji air kat badan Husna.
.



Waktu tu yang pecah ada satu jelah. Orang cakap jangan usik biji air tu, nanti makin banyak naik biji air. Sebab sebelum ni tak pernah ada pengalaman, Kak Lia memang pecahkan biji air tu tanpa sengaja ok!
.

Memang benar pun. Hehe. Lepas hari kedua ketiga tu, penuh dah satu badan Husna naik biji air chicken pox hingga sampai atas kepala. Memang agak mengerikan. Ni pengalaman pertama Kak Lia handle chicken pox ni. Kak Lia sendiri pun belum pernah kena. Lagi haru anak yang 2 orang lagi pun belum kena. Hati mak ni memang tak keruan lah kan sebab benda ni berjangkit. Tapi tak pelah, biar kene sekarang. Dah tua baru nak kene makin teruk lagi.
.

Orang kata, kalau kene chicken pox, boleh jadi demam. Tapi Alhamdulillah Husna tak demam. Tapi Kak Lia masih bawa dia ke klinik untuk rawatan lanjut. Dalam masa yang sama, Kak Lia terus je sapu Herbal Blend. Anak sepupu Kak Lia pernah kene chicken pox, mak dia sapu Herbal Blend je. Mak dia memang suka sebab katanya badan anak dia tak ada parut pun lepas sapu dengan Herbal Blend Shaklee.


.

Doktor hanya bekalkan antibiotik, ubat demam dan Calamine lotion. Kak Lia sapu jugak Calamine tapi tak sekerap Herbal Blend sebab sapu lotion Calamine, kulit jadi lebih kering, pastu Husna akan garu garu.
.

Memang sepanjang kene chicken pox tu, Herbal Blend adalah teman setia Kak Lia. Lepas mandi je memang sapu Herbal Blend terus. Husna pun kurang garu-garu sikit. Syukur sangat.
.

Sepanjang kene chicken pox tu jugak, Kak Lia mandikan Husna dengan Basic H. (fungsi pada botol tak dinyatakan untuk dibuat sebagai mandian) tapi Kak Lia yakin sebab Basic H purely natural dan tiada bahan kimia. Bila naik chicken pox ni, tak boleh sabun badan dengan sabun biasa. Kulit boleh jadi kering, anak pun tak selesa. Memang Kak Lia avoid sabun masa naik chicken pox hari tu.
.

Alhamdulillah, seminggu je, chicken pox Husna dah kering dan amazingly syukur seribu rahmat, tak ada bekas parut yang merisaukan especially pada pada muka dan juga badan. Cuma satu je Kak Lia tak boleh kawal si Husna ni, bila chicken pox dah kering, pastu jadi kudis, dia suka kutil kutil kudis chicken pox yang dah kering. Tapi overall, muka dan badan Husna bebas dari parut yang mengerikan. Syukur Alhamdulillah.
.

Bagi ibu-ibu yang anak anak mereka ada masalah kulit, Kak Lia sarankan Herbal Blend dan Basic H ni. In Shaa Allah SELAMAT, SEMULAJADI & BERKESAN.


Sumber : 

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4
TESTIMONI 5 : FAIRUS EMILIA
.
[KULIT BEBAS PARUT CHICKEN POX YANG MENGERIKAN DENGAN BANTUAN HERBAL BLEND & BASIC H]




Bagaimana ingin mendapatkan Set bebas parut Chicken Pox?

Mudah sahaja, hubungi Liza 0192432683, setiap pembelian akan diberikan konsultasi kesihatan secara percuma.

ATAU

Klik link Set Bebas Parut Chicken Pox, untuk membuat pembelian secara online dengan Web Shaklee Malaysia.

Penghantaran ke seluruh negara, dua hingga empat hari bekerja menggunakan khidmat GDEX atau City Link.

Tips Bebas Masalah Keputihan Teruk Yang Berbau Macam Taugeh Busuk



Dulu dulu, tak tahu pun keputihan ni boleh jadi bahaya kalau dibiarkan. Yerlah, zaman 1990-an manalah ada teknologi canggih kat kampung. Nak bertanya kat mak atau cikgu pun jadi malu.

Sehingga kena hari hari pakai pantyliner dan vagina berbau macam taugeh busuk.. Fuh!!!

Belum masuk gatal gatal lagi tu.

Sesiapa yang follow KRT mesti selalu kan baca kisah suami mengadu Miss V isteri berbau lah, hingga ambil keputusan menambah cawangan baru.

Hmmm... alangkah bagus kalau suami yang lebih open, mencari penawar atau rawatan untuk isterinya demi kesihatan isteri dan keharmonian rumah tangga. Bukan sekadar komplain jer.

Orang perempuan pula, takkan lah nak tunggu suami komplain, takkan tak sedar, miss V ada masalah. kata sayangkan suami, sayang kan rumahtangga, berusaha lah sikit...




SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4
TESTIMONI 9 : SITI NORIZA SALEH
.

[MASALAH KEPUTIHAN TERUK DAN BERBAU YANG DIALAMI BERTAHUN-TAHUN PULIH DENGAN SET KESIHATAN RAHIM]
.


KEPUTIHAN. Sejak zaman anak dara lagi dah ada masalah keputihan ni. Tapi tak tahulah ia makin lama makin teruk bila dibiarkan. Lagi lagi masa sekolah menengah dulu, aktif dengan badan beruniform. Hari hari ada latihan kawad kaki, belum dikira ber”camping” lagi. Bab kebersihan memanglah tak jaga sangat. Masa tu pula, takdelah didedahkan pasal masalah yang boleh dihidapi di tempat sulit macam sekarang ni. Dulu bab bab tu semua disembunyikan. Ia jadi isu yang memalukan.
.

Keputihan adalah perkara normal bagi setiap wanita. Keputihan dianggap normal jika cecair yang keluar adalah jernih, tak berwarna, tak berbau dan tak berasa gatal-gatal .. Keputihan menjadi bermasalah atau boleh juga dianggap berpenyakit jika cecair berwarna pekat, warna putih kekuningan , berbau , bergumpal dan berasa gatal.

Keputihan ni mulalah sedikit, tapi lama lama ia menjadi teruk bila semakin gatal saat berpeluh. Sehinggakan terpaksa memakai pad pantyliner setiap hari untuk elakkan gatal semakin menjadi jadi. Tapi, tak tahu nak bertanyakan pada siapa untuk elak macamana keputihan tu. Sampaikan, kerap sangat basuh di bahagian tersebut setiap kali gatal, atau membuang air besar. Ke hulu hilir bawa “femine wash” untuk pastikan bahagian tersebut di basuh bersih.
.

Masa mengandung, masalah keputihan semakin menjadi jadi dan bila diajukan pada doktor dan nurse semasa “check up” bulanan, diaorang kata memang itu masalah biasa untuk ibu hamil. Lagi jadi masalah bila perut semakin membesar dan ia menjadi jadi semakin gatal. Ada orang suruh basuh bahagian tersebut dengan air sirih yang direbus dan letakkan daun sirih di bahagian tersebut. Kak Ct buat juga. Tapi sekejap je hilang gatalnya. Esok lusa, ia datang balik.
.

Pernah berjumpa doktor dan doktor pun sahkan masalah keputihan Kak Ct sangat teruk. Jadi doktor masukkan sejenis ubat untuk mengelakkan bakteria merebak ke dalam organ organ dalaman. Ambil juga ubat yang diberikan oleh doktor, tapi hanya seminggu atau selagi makan ubat yang diberikan. Bila tak makan ubat, ia datang balik. Doktor sendiri tak bagi kak ct makan ubat yang dose lebih tinggi sebab masa tu tengah mengandung.
.



Akhirnya, selepas bersalinkan Zafran, dan mencari maklumat berkenaan suplemen penyusuan, terjumpa artikel berkenaan merawat masalah keputihan juga. Macam best, nak cuba juga. Jadi belilah set penyusuan ( ALFALFA, ESP, SR VITAMIN C, B COMPLEX, VITALEA, OSTEMATRIX) dan add on garlic untuk elakkan bakteria semakin merebak dan bantu matikan kulat dibahagian tersebut.
.

Tak sangka, selepas 2 3 bulan konsisten ambil alfalfa dan garlic, masalah keputihan dapat diatasi. Bermula dengan kurang rasa gatal walaupun berpeluh, sehingga dah kurang bau, suami juga akhirnya menegur akan kurangnya masalah keputihan tersebut. Kalau tak, sebelum ni, dia juga komplen akan masalah yang kak ct hadapi. Lama lama, kak ct juga yang malu sendiri dengan keadaan begitu. Ianya, waktu “bersama” adalah waktu yang seronok, tapi ia jadi sebaliknya dengan bau yang tidak sedap dan akhirnya, keinginan itu terus mati disitu. Sedih sangat

Alhamdulillah, keputihan tidak lagi berbau macam taugeh busuk


Tapi kini, Alhamdulillah, walaupun ia tak 100% hilang, ia tidak lagi berbau teruk dan keputihan pun pada tahap yang baik dan hanya datang sebelum 2 3 hari nak haid saja. Pantyliner pun dah lama tak guna. Nak bergerak aktif pun dah tak risau akan berpeluh banyak dan mula gatal gatal. Seronok sangatlah. Garlic dan alfalfa, 2 suplemen wajib yang kak ct ambil hari hari. KITA ENJOYS!!!
.

Bawang putih memang diketahui sangat berguna untuk kesihatan manusia kerana membantu dalam membunuh parasit, membantu dalam sistem pernafasan, perbaiki sistem penghadaman dan kandungan tenaga yang rendah. Manakala alfalfa pula adalah sejenis herba dan sangat diakui dalam keberkesanan untuk kesihatan dalaman wanita. Alfalfa bertindak sebagai kacip fatimah buat isteri. Kacip Fatimah?? Tau tau jelah apa manfaat nya kan? Yang itu pun kak ct dapat manfaatnya. Buat suami tersenyummm saja. opss

Berminat untuk mengembalikan senyuman suami demi keharmonian rumahtangga anda dengan Set Keputihan Shaklee?

Hubungi Liza 0192432683, setiap pembelian akan disertakan konsultasi kesihatan secara percuma.

Atau, terus membuat pembelian dengn Web Shaklee Malaysia, klik Link Set Keputihan Shaklee.



Penghantaran ke seluruh negara, dua hingga empat hari bekerja menggunakan khidmat Gdex atau CityLink

Tips Lembutkan Tapak Kaki dan Tangan yang Kasar

Sewaktu menyalami tangan emak tempoh hari, "Kasarnya tangan ko kak, ngalahkan keja bendang" errrrkk, ayat tu bagai menusuk jantung. Malunya kat mak, macam- macam petua sudah di cuba. rendam dengan serbuk teh sudah, rendam dengan air garam sudah.

Kalau bab losyen, jangan cakaplah rasanya semingggu sebotol ke lenjan losyen... hasilnya aaarggghh. Belum kes tapak kaki kasar, dah macamkertas pasir dah. malu kat suami usah cakap lah.




SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4
TESTIMONI 12 : ROSSIAMAHATY SAHARUDIN
.

[VITA-C SHAKLEE BANTU PULIHKAN SEMULA KULIT TANGAN DAN KAKI YANG SEMAKIN KASAR]
.

Saya seorang surirumah tangga sepenuh masa berumur 34 tahun. Bila dah kata surirumah dah tentulah saya orangnya yg pusing 1 rumah ke depan ke belakang ke atas dan ke bawah untuk memastikan 1 rumah bersih tanpa habuk pun.
.

Sampailah saya sedar tapak kaki saya mula merekah, kasar dan tajam. Ada yang sampai terkoyak kulit, nak pijak lantai pun sakit ya amat.


.

Balik kampung mengeluh pada adik masalah tapak kaki saya sampai kadang jadi malu dengan suami sebab kaki selalu bergesel dengan kaki dia masa tidur. Adik mula cadangkan saya untuk cuba vitamin C dari Shaklee sebab dia juga mengamalkannya masa tu.
.

Lepas 2 bulan pengambilan VIT C dengan konsisten tapak kaki beransur pulih, lebih lembut,tidak koyak & yang lebih penting sudah hilang tajam-tajamnya. Begitu juga dengan tapak tangan saya sudah lembut tak kasar macam dulu lagi sedangkan saya masih membasuh pinggan masih membasuh baju-baju kotor & pegang sabun.
.



Lebih teruja bila kulit muka juga berubah jadi lembab-lembab. Untuk pengetahuan semua,dulu saya adalah pengguna tegar krim malam. Saya mesti sapu krim malam sebelum tidur sebab saya ada masalah muka beruam-ruam kecil. Hanya krim malam sahaja yang bantu saya sejak dulu.Tapi semenjak saya makan VIT C, saya jugak tinggalkan rutin menyapu krim malam sebab sebenarnya rimas nak tidur dengan krim duk ada kat muka(panas-muka berpeluh).
.

Alhamdulillah siapa sangka VIT C mampu membantu saya atasi masalah kulit muka juga. Tiada lagi ruam-ruam kecil, jerawat pun segan nak naik waima ketika datang bulan sekalipun.
Memang tak menyesal la beli VIT C ni,kulit lembut dari muka sampai tapak kaki.
.

Sebotol boleh tahan sampai 6 bulan sebab saya cuma mengamalkan sebiji sehari sahaja. Lebih menjimatkan sebab saya tak perlu lagi buang duit untuk beli krim-krim malam hanya untuk mencantikkan muka. Sebotol VIT C untuk seluruh badan, penjimatan berbaloi dari SHAKLEE. Alhamdulillah, terima kasih SHAKLEE.

Waahhh...  teruja dengan penjimatan yang shaklee tawarkan untuk tapak tangan dan kaki yang lebih lembut? Sebotol Vitamin C untuk kegunaan 6 bulan, Jimat kan?

Bagaimana nak mendapatkan Vitamin C Shaklee ni? Whatsapp Liza 0192432683, setiap pembelian akan disertakan konsultasi kesihatan secara percuma. Atau..

Boleh terus membeli dengan laman web Shaklee Malaysia, klik link Sustained Release Vita-C Plus.

Penghantaran ke seluruh Malaysia, dua hingga empat hari bekerja menggunakan khidmat Gdex atau City Link.




Tips Berjaya Hamil Setelah Tiga Tahun Menanti


Seperti pasangan suami isteri yang lain, kehadiran zuriat adalah sangat dinanti-nantikan selepas berkahwin. Begitu juga dengan saya, Noor Hasyimah, dan suami, Mohd Syarikin.


.

Kami bernikah pada Disember 2011. 3 tahun kami menanti, sebelum dikurniakan anak pertama kami. Macam-macam dugaan kami lalui dan tempuhi bersama. Pelbagai usaha kami lakukan supaya saya dapat hamil. Semoga perkongsian kami ini dapat memberi inspirasi dan motivasi serta semangat pada mereka yang sedang berusaha untuk hamil seperti kami dahulu.


SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4
TESTIMONI 4 : SHIMA ZAINAL
.
[HAMIL ANAK PERTAMA SELEPAS DUA BULAN AMALKAN SUPPLEMEN SHAKLEE]
.
Ini cerita kami.
.

Sebenarnya di awal usia pernikahan kami, saya disahkan hamil. Iaitu seawal bulan kedua pernikahan. Seperti pasangan lain, kami tidak menyangka sebegini cepat saya akan hamil. Namun bersyukur dan gembira dengan amanah yang Allah berikan ini. Saya tidak mengalami sebarang morning sickness. Tidak muntah-muntah, loya. Tiada masalah masa tu.
.

Namun, apabila masuk minggu ke-8, saya mengalami masalah discharge. Saya terus rujuk ke salah satu klinik swasta disini. Doctor scan dan masa tu heartbeat janin sudah pun mula kelihatan. Alhamdulillah, tiada masalah lain masa tu. .

Doctor kata, discharge adalah masalah biasa. Doctor berikan ubat untuk menguatkan rahim. Saya makan, namun perancangan Allah Maha Hebat. Di saat usia kandungan hampir mencecah 12 minggu, saya bleeding. Kali ini saya terus ke hospital pakar. Apabila scan, doctor sahkan janin dah tak ada dan saya mengalami miscarriage. Ukuran janin di dalam rahim saya tidak seperti 12 minggu. Ukurannya seperti 8 minggu sahaja. Lalu kami membuat keputusan untuk “cuci” (DnC).
.



Kami redha dengan ketiadaan rezeki untuk kali ini. Sedih, memang sedih. Tapi kami redha dan teruskan usaha. Sahabat saya memperkenalkan saya dengan product Shaklee. Pada asalnya sukar juga untuk saya percaya sebab saya berfikir, “bagaimana ubat ni boleh buat saya hamil? Hamil kan kuasa Allah?”. Namun, saya tetap mencuba. Bermula dengan saya sendiri, pada tahun 2012. Saya amalkan ESP, Vitalea, Vitamin C, B Complex, GLA Complex.
.

Bila hati tidak yakin, bila hati tidak bersungguh-sungguh, maka saya pun seakan endah tak endah saja mengamalkan supplement Shaklee. Saya culas, saya selalu skip (tak consistent). Selama 2 tahun lebih saya ikhtiar mengamalkan supplement Shaklee seperti itu, selain dari ikhtiar yang lain.
.

Apabila usia pernikahan kami mencecah hampir 2 tahun, kami bercadang untuk merujuk pakar. Pelbagai pemeriksaan kami lakukan. Doctor periksa ovum saya, tube saya, rahim saya. Doctor juga periksa keadaan sperma suami saya. Apabila keputusan keluar, doctor kata kami tiada masalah serius. Justeru, doctor menyarankan kami mengamalkan vitamin. Doctor menerangkan bagaimana vitamin tu bertindak, terutama untuk suami. Doctor menyarankan Vitamin E dan Zinc untuk suami, asid folic dan protein untuk saya.
.

Menurut doctor, ovum dan sperma memerlukan nutrisi secukupnya supaya dapat berfungsi dengan baik. Contohnya Vitamin E yang dapat membantu menyokong pengeluaran sperma dan mencegah kerosakan sperma. Dan isteri perlu cukup nutrisi protein supaya rahim kuat dan sel juga sihat. Apabila nutrisi mencukupi, barulah senang untuk ovum dan sperma dapat disenyawakan.
.

Maka kami pun bertambah yakin dan tekad. Kami consistent amalkan supplement Shaklee, tidak seperti sebelum ini. Kami tak culas. Hari-hari saya ingatkan suami untuk makan supplement. Masa tu ada lagi Zinc Complex. Suami amalkan Vita-E Complex dan Zinc Complex Shaklee. Saya meneruskan supplement saya sebelum ini (ESP, Vitalea, Vitamin C, B Complex, dan GLA Complex).
.

Kali ini kami yakin, kami faham bagaimana supplement membantu mereka yang inginkan zuriat. Saya juga menggunakan ovulation kit untuk mengetahui bila waktu subur saya. Ini kerana doctor juga ada menerangkan bahawa tempoh kesuburan wanita hanyalah 24 jam. Jadi, kemungkinan untuk persenyawaan berlaku pada masa itu adalah lebih tinggi.
.

Alhamdulillah, selepas 2 bulan berusaha (tahun 2014), saya disahkan hamil anak pertama kami. Semasa kehamilan, saya tidak mengalami sebarang masalah. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Dan tanggal 28 Februari 2015, lahirlah Muhammad Syafi Aisy, putera sulung kami. Dilahirkan dengan berat 3.68 kg (subhanallah…), secara normal. 


.

Dan dengan izin Allah jua, tidak lama selepas itu, saya disahkan hamil anak kedua kami. Nur Syafaa Ayra, nama diberi untuk puteri kami. Dilahirkan pada Hari Raya Haji 1437H, 12 September 2016. Seberat 2.99 kg, juga secara normal.
.

Kami bersyukur dengan nikmat Allah berikan ini. Allah uji kami di awal usia pernikahan kami. Namun kami tak pernah putus semangat dan terus berusaha. Saya pernah je menangis bila dapat tahu kawan saya hamil, padahal mereka kahwin selepas saya. Namun masa tu, cepat-cepat saya solat dan berdoa, moga Allah menjaga kandungan kawan saya, dan jangan biarkan mereka merasakan pengalaman seperti saya. Memang benar, apabila kita mendoakan orang lain, in shaa Allah, Allah berikan yang terbaik untuk kita.
.

Sahabat-sahabat semua yang sedang mengalami apa yang pernah saya alami sebelum ini, nasihat saya hanya satu. Sabar. Allah memberikan ganjaran kepada mereka yang bersabar. Yakinlah akan ada hikmah menanti. Nikmatilah kegembiraan bersama pasangan anda. Teruskan usaha, teruskan berdoa. Banyakkan bersedekah, mengeluarkan zakat. In shaa Allah, Allah pasti makbulkan doa anda.
.

Dan sebagai ikhtiar, cubalah amalkan supplement Shaklee secara consistent (makan hari-hari, jangan miss). Pastikan anda yakin dan jangan ragu-ragu. Teruskan momentum positif. In shaa Allah, rezeki itu milik anda.
.

Inilah #ShakleeEffect kami.


Berminat dengan Set kesuburan Suami Isteri Shaklee, hubungi Liza 0192432683. Konsultasi dan cara pengambilan supplemen Shaklee dengan berkesan akan diberikan secara percuma.

Atau

Anda boleh membuat pembelian Online dengan Shaklee Malaysia, klik link Set Kesuburan Suami Isteri.

Penghantaran ke seluruh negara, dua hingga empat hari bekerja menggunakan khidmat Gdex atau city Link.

Anak Kerap Demam, Sawan Tarik, Apa Perlu Buat



“Paniknya bila anak tiba-tiba kekejangan sampai tak sedarkan diri tadi. Syukurlah pernah terbaca tentang sawan demam suatu masa dulu. Tapi, bolehkah kejadian ini berulang lagi? Apa patut buat untuk elakkan ia berlaku lagi?”

Sawan demam atau ‘febrile seizure’ yang berlaku pada anak kecil dan bayi adalah salah satu pengalaman yang boleh menyebabkan trauma kepada ibu bapa. Berderau jantung ibu bapa melihatkan anak yang terbaring tidak sedarkan diri, diserang kekejangan badan dan kaki, mata hitam memandang ke atas, air liur meleleh, atau perubahan warna pada kebiru-biruan pada kulit dan bibir. Dalam beberapa kes, ada juga anak yang terkencing atau terbuang air besar.


Menurut Dr Alya Hamzah menerusi Malaysian Medical Gazette, sawan demam ini boleh dialami oleh anak kecil seawal umur 3 bulan hingga 6 tahun. Walaubagaimanapun, ia lebih kerap terjadi kepada anak kecil dalam lingkungan 6 bulan hingga 5 tahun.




7 PERKARA PENTING PERLU TAHU APABILA ANAK DISERANG SAWAN DEMAM

Seperti yang diterangkan oleh doktor, sawan demam bukanlah sejenis penyakit dan ia berbeza daripada epilepsi. Maka, ia tidak menyebabkan kerosakan otak mahupun menggugat tahap intelektual kanak-kanak. Sebaliknya ia adalah sebuah kondisi di mana kanak-kanak tersebut mengalami kekejangan akibat suhu badan yang terlalu tinggi iaitu melebihi 40°C.


Sebagai ibu bapa, penting untuk kita mengetahui apa yang perlu dilakukan sekiranya berhadapan dengan situasi sedemikian. Ini 7 perkara penting untuk anda tahu.

pantau suhu badan anak


1. JANGAN TERLALU PANIK, BUAT TINDAKAN PANTAS

Jika ditanya pada sesiapa yang melihat anak diserang sawan buat pertama kali, mereka tentu akan panik. Namun, cuba kawal perasaan dan fokuskan kepada cara mengelakkan tempoh sawan daripada berlanjutan.Lazimnya tempoh sawan amat pendek iaitu beberapa minit.


2. ALIHKAN ANAK KE TEMPAT SELAMAT

Pastikan tiada objek keras berada di sekitar anak yang boleh menyebabkannya terhantuk atau cedera. Terus menunggu di sebelahnya dan jangan tinggalkan anak walau seketika.


3. POSISI MENGIRING KE KIRI

Letak anak dalam posisi mengiring ke sebelah kiri untuk mengelakkan anak dari tersedak atau tercekik air liur, muntah, lendir, atu sebarang lendir. Posisi ini dikenali sebagai ‘recovery position’ kerana objek di dalam mulut lebih mudah termasuk kedalam rongga paru paru kanan berbanding paru paru kiri. Maka, sebab itulah tidak disyorkan meletak anak anda mengiring di sisi kanannya.

Selain itu, jangan cuba mengawal pergerakan anak sewaktu serangan sawan kerana tindakan ini barangkali mencederakan otot atau tulangnya.


4. JANGAN SESEKALI MASUKKAN SEBARANG OBJEK KE DALAM MULUTNYA

Mungkin anda pernah dengar orang cakap masukkan sudu atau objek keras ke dalam mulutnya untuk mengelakkan dia menggigit lidahnya. Tapi, perbuatan ini sama sekali tidak sepatutnya dilakukan kerana dikhuatiri menyebabkan objek patah dan sekaligus lebih membahayakan anak.

Anda juga tidak sepatutnya memaksa mereka meminum air atau sebarang ubat-ubatan daripada melalui mulut ketika serangan ini berlaku. Lapkan sebarang bendalir yang terkeluar dari mulut anak jika ada.


5. PERHATIKAN KEADAAN ANAK

Catatkan tempoh dan tanda perlakuan anak ketika diserang sawan demam. Segala butiran penting untuk membantu doktor untuk membuat diagnosis yang tepat dalam menentukan keadaan kesihatan anak anda.

Jika ia berterusan sehingga 5 minit, jangan tunggu lagi dan segera hubungi ambulans atau bawa anak ke hospital serta-merta.




6. BAWA ANAK UNTUK PEMERIKSAAN

Setelah anak tersedar, bawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Biasanya anak akan kelihatan mengantuk dan mungkin tertidur seketika. Namun selepas itu, mereka akan kembali aktif dan cergas seperti biasa.

Jika ini kali pertama anak anda diserang sawan, mungkin mereka akan ditahan wad untuk pantauan doktor. Tindakan ini penting bagi memastikan tiada jangkitan di otak atau lain-lain penyakit seperti meningitis mahupun hypoglycaemia (paras gula rendah).

Sementara itu, anda boleh membantu memberikan keselesaan dan meredakan demam panas dengan membasahkan badan mereka menggunakan span atau kain lembab.





7. IA BOLEH BERULANG

Menurut sumber akhbar tempatan, lebih kurang 30%s kanak-kanak yang mengalami sawan demam akan mengalaminya lagi berulang kali tetapi tidak semestinya pada setiap episod demam.

Menurut Dr Alya, antara risikonya untuk berlaku adalah lebih tinggi jika ada sejarah keluarga yang pernah mengalami sawan demam atau serangan sawan demam pertama berlaku pada umur kurang daripada 1 tahun. Tambahnya, hampir separuh daripada kes sawan demam berulang akan berlaku dalam tempoh 6 bulan selepas kes pertamanya.

Walau apa pun, ibu bapa tidak perlu terlalu risau kerana keadaan ini tidak menjejaskan minda kanak-kanak dan biasanya ia akan berhenti apabila anak semakin besar.

Sumber : siraplimau.com


PEKA PADA SUHU BADAN ANAK

Punca berlakunya sawan masih belum dapat dikenalpasti secara tepat.

Namun, salah satu usaha untuk mengawalnya daripada berlaku adalah dengan mengawal suhu demam anak. Semak suhu mereka dari semasa ke semasa dan lakukan teknik ‘sponging’ untuk mengelakkan suhu badan menjadi terlalu tinggi. Rujuk kepada doktor untuk mendapatkan nasihat serta ubat-ubatan jika perlu.



Segera dapatkan rawatan doktor


SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4

TESTIMONI 1 : FITRIYATUL ASYIQIN

.
[KESIHATAN ADAM KHALISH BERTAMBAH BAIK, SEMAKIN KURANG DEMAM TARIK & MASALAH TONSIL DIATASI]

Assalamualaikum salam sejahtera semua. Saya Fitriyatul Asyiqin bt Mohd Rudin. Surirumah dan ibu kepada 2 anak iaitu Adam Khalish 4 tahun dan Airis Khalisha 6 bulan.

Testimoni kali ini saya ingin kongsikan tentang anak sulung saya iaitu Adam Khalish bin Abdul Latif.

.Sejak bayi lagi anak sulung saya ni tidak mengalami masalah yang besar berkaitan kesihatannya. Alhamdulillah syukur Allah mudahkan saya membesarkan Adam Khalish dan permulaan saya menggunakan produk Shaklee ini juga melalui anak sulung saya ini yang mana bermula usianya 6 bulan saya mula mengambil Set Penyusuan Shaklee.

.Sejak bayi tak pernah alami demam, selsema dan batuk juga tiada. Tapi bermula usianya setahun 3 bulan Adam mula demam. Demamnya yang pada jangkaan kami biasa-biasa sahaja. Kami ke pusat rawatan ambil ubat. Dan bila pulang ke rumah lepas je beri ubat Adam mula fit atau istilah lainnya sawan tarik. Pada usia yang sangat kecil. Masa tu saya dan suami sangat takut.



Alhamdulillah - semakin sihat

Bila peristiwa tu jadi, kami suami isteri lebih berhati-hati setiap kali Adam demam. Selang hampir setahun Adam tak kena demam tarik, mula usianya 2 tahun lebih datang kembali demam tariknya. Kali Ini berulang-ulang. Berturut-turut setiap bulan kena. Demam juga begitu setiap bulan kena.

Sampailah akhirnya kami suami isteri nekad untuk berikan vitamin Shaklee secara konsisten pada Adam. Makan pagi dan petangnya konsisten vitamin-vitamin ni. Mujurlah Adam Alhamdulillah memang suka dan tak tolak semua vitamin ni mudah je nak makan. Rujuk pakar semua sample darah dan air kencing semua normal. Cuma doktor ada cakap yang Adam alami tonsil stage 2 yang menyebabkan dia selalu kerap demam. Kami pun mula ikhtiar untuk ubah cara pemakanan Adam setelah dirujuk pakar pemakanan.

Sebab-sebab punca tonsil juga kami baca dan kami nekad untuk konsisten hari-hari berikan Adam vitamin ni selain menjaga pemakanannya hari-hari.

Kurangkan pengambilan makanan segera terutamanya nugget dan kentang goreng segera. Dan juga makanan manis dan air berperisa.

Omega guard dan Vitamin C Chewable ni sangat membantu kecutkan toncil dan up kan imunisasi tubuh Adam.
Dan bila demam selalu tak berselera makan memang saya berikan Mealshake untuk Adam minum. Dan Alhamdulillah sekarang pun kalau demam datang tak lama sehari mesti sembuh kembali.

Nutriferon juga saya berikan ketika perlu sahaja. Berbanding lain-lain vitamin yang memang sehariannya konsisten.

.Kalau dulu Adam makan nasi sepinggan pun liat nak habis tapi Alhamdulillah bila konsisten vitamin ni seleranya lain macam. Dan yang bahagianya saya bila Adam sendiri tak pandai dan takut nak makan jajan (makanan ringan). Dia sendiri pun dah rasa serik ulang alik masuk hospital agaknya.

Alhamdulillah sekarang Adam dah 4 tahun dan masih konsisten makan vitamin ni semua.

Dan yang paling kami bersyukur Adam dah jarang demam. Syukur ke hadrat Allah S.W.T yang Maha Penyayang yang beri nikmat sihat ini buat Adam Khalish. Mak ayah mana yang tak risau kan anaknya sakit. Lagi-lagi bila kena sawan tarik ni berkali-kali.

Kawan-kawan yang anak kalian selalu demam selsema batuk cuba ikhtiar dengan vitamin Shaklee untuk anak-anak ini naikkan balik imunisasi tubuh anak-anak untuk kuat melawan penyakit yang datang tu. Lagi-lagi musim virus menyerang sekarang ni. In Shaa Allah kita ikhtiarkan sediakan nutrisi yang terbaik buat anak-anak ni.

Anak anda mengalami perkara yang sama seperti Adam Khalish? Tidak sanggup melihat sawan tarik berulang? Berminat mencuba Set Anak Sihat Shaklee?


Hubungi Liza 0192432683, untuk mendapatkan konsultasi kesihatan dan cara pengambilan supplemen untuk kesan yang paling optimum.

atau

Anda boleh membeli secara online dengan Shaklee Malaysia, klik link Set Anak Sihat.


Penghantaran ke seluruh negara, dua hingga empat hari bekerja menggunakan khidmat GDEX atau CityLink.


.

Masalah Haid Tidak Teratur Hilang Dan Berjaya Hamil

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4
TESTIMONI 22 : ELYANIE CHE ROS
.

[MASALAH HAID TIDAK TERATUR HILANG DAN BERJAYA HAMIL AWAL SELEPAS AMALKAN SUPPLEMEN SHAKLEE SECARA KONSISTEN]
.

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Saya Elyanie Binti Che Ros dan berusia 26 tahun. Saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak yang berusia 1tahun 9 bulan yang diberi nama Ahmad Aryan Razin.

Hari nie Yanie akan sharekan masalah yang Yanie hadapi dan akhirnya kemanisan yang Yanie dapat bila bertemu Shaklee 😘
.

Sebenarnya kata-kata en suami sebelum nie ada sebab kerana dia tahu masa Yanie belajar dulu dekat POLIMAS ada masalah period tidak teratur.

Bagi yang tak pernah baca entry blog Yanie berkaitan ini Yanie akan sharekan dengan korang semua.
.

Masa belajar dekat POLIMAS pada tahun 2009-2012 Yanie hampir 6 bulan period tidak datang. Pada masa itu Yanie makin serabut dan takut kerana risau kalau ada penyakit yang kronik ataupun sebaliknya. Hanya Allah sahaja tahu perasaan Yanie masa itu.
.

Masa belajar dulu keluarga Yanie jauh di Ipoh. Yanie hanya uruskan diri sendiri masa di Kedah dulu selama 3 tahun tanpa keluarga di sisi. Disebabkan makin serabut dengan masalah period yang tidak datang hampir 6 bulan, akhirnya Yanie buat keputusan untuk jumpa pakar di hospital mahupun klinik untuk scan dan buat rawatan masalah yang yanie hadapi.



Hanya airmata sahaja yang menitis tanpa henti selepas jumpa doktor pakar.
.

Doktor cakap period Yanie ini akan teruk lagi apabila Yanie sudah berkahwin nanti. Kerana selepas kita berkahwin hormon kita akan berubah kerana kita sudah bersama suami. Yang makin sebak buat Yanie, doktor cakap risiko ingin timbang cahaya mata sangat tipis atas sebab period Yanie yang teruk. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan Yanie masa itu.
.

Memang kita tak tahu bila nak berkahwin. Tapi bila kita berkahwin mesti inginkan cahaya mata untuk diberikan kepada suami, waris keluarga dan waris keluarga mertua. Selepas jumpa doktor, doktor akan beri Yanie ubat untuk period, dan sampai bila Yanie ingin bergantung dengan ubat-ubatan sahaja.
.

Shaklee ubah masalah kesihatan Yanie kepada 360 darjah. Syukur alhamdullilah, akhirnya period Yanie yang hampir 6 bulan tak dapat dapat diatasi dengan selamat. Yanie hanya konsisten dengan SET KESUBURAN SHAKLEE HANYA 3 BULAN SAHAJA. Selepas 3 bulan tersebut, period Yanie datang setiap bulan tepat pada masanya. Masa itu tidak tergambar perasaan syukur dan seronok sangat kerana masalah period Yanie sudah berakhir. Saat bahagia sangat bila dapat mencegah daripada makin teruk.

Yanie memang konsisten makan ESP , GLA COMPLEX & ALFALFA COMPLEX TANPA SKIP. En suami juga konsisten makan ESP , VITAMIN E & ZINC COMPLEX (out of stok) TANPA SKIP JUGA.
.

Yang paling bahagia sebenarnya bagi Yanie dan suami adalah kami sama-sama konsisten makan Shaklee dari kami berkawan, tunang dan akhirnya berkahwin. Kami mula ambil Shaklee jun 2013. Sudah 4 tahun kami sudah bersama Shaklee. Syukur sangat bila en suami ini seorang yang ambil berat dan berikan perhatian sepenuhnya kepada Yanie.

Pada tahun 2015 kami sah hidup sebagai suami isteri, kami makin bahagia dan seronok kerana cinta kami akhirnya bersatu walaupun kawan tak lama. Alhamdullilah syukur kehadrat illahi. Selepas sebulan lebih berkahwin suami tiba-tiba sakit ulser teruk dan demam tak kebah-kebah langsung hampir seminggu lebih. Kita sebagai isteri memang risau dengan keadaannya itu. Hampir 5 buah klinik pergi untuk buat rawatan tapi hanya selepas makan ubat klinik terakhir sahaja suami sembuh sebaiknya.
.

Tiba-tiba mak mertua cakap cuba beli UPT sebab nampak keadaan suami lain. Mungkin suami ada kena alahan kot. Kami suami isteri pun pergilah farmasi beli UPT. Yang bestnya bila nak minta UPT tue masing-masing malu. Maklumlah baru pertama kali nak pergi beli. hahahahaha.
.


Yanie bangun pagi terus buat test ini. Nampak sahaja double line terus tunjuk dekat suami yang yanie sah hamil. Rasa sebak sangat kerana Yanie bertuah kerana Allah beri rezeki anak awal. Sebabkan Yanie konsisten makan supplemen Shaklee daripada masalah kesuburan Yanie dahulu dan kata-kata doktor bahawa Yanie tipis untuk dapat anak akhirnya dapat diatasi dengan sepenuhnya. Inilah hadiah paling bermakna bagi kami suami isteri. Terima kasih Ya Allah kau dengar doaku. Terima kasih Shaklee sebab bantu mencegah masalah kesuburan Yanie.

Selepas seminggu Yanie buat UPT, Yanie dan suami buat keputusan untuk pergi buat scan baby dalam perut sebab nak tahu keadaan baby macam mana. Time buat scan, doktor tunjuk di skrin gambar jantung baby yanie. Masa itu Yanie dan suami nampak jantung baby berdegup sangat laju dan kuat sekali. Time tue rasa bersyukur dan sebak sangat kerana Allah letakkan anak syurga di dalam rahim Yanie. Yanie rasa sangat bertuah sangat.
.

Sebenarnya tak salah kalau kita nak ikhtiar dan cuba cari cara untuk mengatasi masalah kesihatan kita sebaik mungkin. Kerana Allah sangat suka bila hambanya berusaha dan terus berusaha. In Shaa Allah bila kita usaha sehabis mungkin kita akan rasa dan menikmati kemanisannya.

Salam sayang dariku,
Elyanie Che Ros,
Mama Ahmad Aryan Razin.

Teruja membaca kisah Puan Yanie, Ingin berusaha dengan Shaklee?

Hubungi Liza 0192432683, konsultasi dan cara pemakanan supplemen secara berkesan akan diberikan secara percuma.

Atau, anda boleh membeli secara terus dengan Shaklee Malaysia, klik link Set Haid Tidak Teratur .

Penghantaran ke seluruh negara, 2 hingga 4 hari bekerja menggunakan khidmat Gdex atau Citylink